Connect with us

Oh! Media

Tesla Jual Wisel Berharga Lebih RM200, Elon Musk Siap Bandingkan Dengan Produk Apple?

Tesla Cyberwhistle

Oh! Tidak

Tesla Jual Wisel Berharga Lebih RM200, Elon Musk Siap Bandingkan Dengan Produk Apple?

Tesla yang merupakan syarikat pengeluar kereta elektrik terkenal telah mengeluarkan satu produk terbarunya iaitu wisel. Apa nak dibuat dengan wisel tu?

ADVERTISEMENT

BACA : Bekas Pelajar MRSM Kini Jadi Jurutera TESLA, Terbaik!

Elon Musk yang merupakan CEO kepada jenama itu mempromosikan wisel yang dinamakan Tesla Cyberwhistle menerusi akaun Twitter miliknya sendiri.

Di ruangan caption, Elon Musk juga mengatakan bahawa jangan bazirkan duit beli kain lap Apple, sebaliknya belilah wisel dari Tesla ini. 

Seperti apa yang korang dapat lihat, wisel dari jenama itu didatangkan dengan kotak premium serta rekaan wisel yang diinspirasikan dari Cybertruck. 

Untuk pengetahuan, wisel ini dijual pada harga $50 dan ianya jatuh pada RM210 setelah ditukar kepada duit Malaysia. Apa pandangan korang?

Kredit: Twitter Elon Musk

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas