Connect with us

Oh! Media

Rider Superbike Suka-Suka Hati Tendang Cermin Sisi Kereta Pemandu Guna SmartLane, Netizen Berjaya Bongkar Butiran Pelaku

Smatlane penunggang motosikal ohmedia

Oh! Gear

Rider Superbike Suka-Suka Hati Tendang Cermin Sisi Kereta Pemandu Guna SmartLane, Netizen Berjaya Bongkar Butiran Pelaku

Baru-baru ini tersebar satu video menunjukkan tindakan penunggang motosikal yang telah menendang cermin sisi kereta pengguna lebuh raya yang menggunakan Smartlane.

Kejadian itu berlaku berhampiran simpang Sungai Buaya, Hulu Selangor dan ketika itu lorong kecemasan telah diaktifkan sebagai Smartlane kerana kesesakan yang berlaku.

Image 35
Papan tanda warna kuning menunjukkan Smartlane diaktifkan

Video kejadian itu dikongsikan mangsa yang dikenali sebagai Akhi Ismile dan menjadi viral di Facebook DashCam Malaysia.

IKLAN

Di laluan Smartlane pun kena tendang side mirror. Tepi highway selang 500 meter ada signboard SmartLane.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan penunggang motosikal tersebut kerana tak alert dengan papan tanda di lebuh raya.

Tidak cukup dengan itu, ada juga yang berjaya mencari maklumat peribadi penunggang motosikal terbabit berdasarkan nombor pendaftaran motosikal yang terlihat di dalam video. Dengan maklumat itu, netizen berharap agar laporan polis dilakukan dan berharap pelaku dikenakan tindakan.

Kredit: Dashcam Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas