Connect with us

Oh! Media

Proton Saga Lancar Secara Maya Di Nepal, Harga Bermula RM122k Bagi Variasi Standard

F5f12f42 7785 47db 8fba fe86e08a1fd7

Oh! Gear

Proton Saga Lancar Secara Maya Di Nepal, Harga Bermula RM122k Bagi Variasi Standard

Proton yang merupakan pengeluar automatif nasional telah meluaskan pasaran mereka di Nepal gais. Menerusi Facebook Proton Cars Nepal, Proton Saga yang merupakan satu-satunya sedan segmen-A dari Proton ini telahpun dilancarkan secara maya. 

Wakil pengedar rasmi Proton di Nepal iaitu Jagdamba Motors, telah membawa dua variasi Saga di sana iaitu Saga 1.3L Standard transmisi manual dan Saga 1.3L Premium transmisi automatik.

Saga 1.3L Standard (MT)

IKLAN
990bfc66 f454 41cd 897e bcd7d9e83a46

Di Nepal, Proton Saga variasi ini dijual pada harga 3,550,000 rupee bersamaan RM122,700. Pergh! Mantul. Variasi ini hanya menawarkan satu warna sahaja iaitu Armour Silver dan dipadankan dengan transmisi manual 5-kelanjuan.

Saga 1.3L Premium (AT)

27c0984a 4be7 4be0 9b31 e0b59b23c8d9

Proton Saga variasi ini pula dijual pada harga 3,950,000 rupee bersamaan RM136,600. Variasi ini didatangkan dengan 4 pilihan warna iaitu Ruby Red, Snow White, Jet Grey dan Rosewood Maroon dan dipadankan dengan transmisi automatik 4-kelajuan.

Untuk ciri keselamatan, ia didatangkan dengan dua beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), sensor parkir belakang dan Kawalan Traksi (TRC). Bukan tu jer, pembeli juga akan dapat pakej lima tahun waranti ataupun 150,000km.

Semoga Proton Saga mendapat sambutan hangat disana macam sambutan jenama Honda di Malaysia. Kah!

Kredit: Pandu Laju | Proton Cars Nepal

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas