Connect with us

Oh! Media

Proton Preve Baharu, Mungkin Diperkenalkan Dengan Nama S50 Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi?

Yellow  Black Modern Company Profile Presentation

Oh! Gear

Proton Preve Baharu, Mungkin Diperkenalkan Dengan Nama S50 Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi?

Heboh di media sosial apabila tersebarnya gambar sebuah kereta camouflage yang dikatakan merupakan varian baharu bagi Proton Preve, iaitu S50. Biar betik?

BACA: Perodua Sedia Lancar Alza Terbaru, Ini Video Teaser Pertama

Difahamkan kereta camouflage yang sedang diuji tersebut merupakan kerjasama Proton dan jenama terkenal dari China, Geely yang menggunakan model Geely Emgrand bagi segmen S50 itu.

IKLAN
301116346 3342169952684626 303206150012070081 n
Kredit Facebook PanduLaju

Kalau betul kereta ini akan dibawa masuk dalam pasaran Malaysia, Proton S50 ini akan dikuasakan dengan enjin empat silinder 1.5 liter tau.

Menghasilkan 114 PS dan 147 Nm tork, model S50 ini akan didatangi dengan gear lima kelajuan atau CVT yang memacu roda hadapan.

300565141 3342169956017959 917381185706063564 n
Kredit Facebook PanduLaju

Seperi Proton X50, model S50 ini juga diklasifikasikan sebagai kenderaan segmen B yang menggunakan enjin turbocharged tiga silinder 1.5 liter dan boleh mengeluarkan sehingga 177 PS dan 255 Nm tork.

Walaubagaimanapun, tidak dipastikan lagi adakah ia benar-benar pengganti Preve dengan nama S50 ataupun tidak. Kalau betul akan keluar model S50 ni, mesti ramai punyalah yang akan buat tempahan awal. Canggih kot!

Kredit: Facebook PanduLaju | paultan.org

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas