Connect with us

Oh! Media

Proton e.MAS 7 Sah Dilancarkan 16 Disember Ini!

Copy of Untitled Design   1

Oh! Gear

Proton e.MAS 7 Sah Dilancarkan 16 Disember Ini!

Proton akhirnya sah akan melancarkan kereta elektrik (EV) pertamanya, Proton e.MAS 7 pada 16 Disember 2024. 

Berita ini diumumkan melalui imej acah yang dimuat naik di media sosial rasmi mereka dan tempahan awal sudah dibuka sejak November dengan anggaran harga bermula RM120,000.

Proton e.MAS 7 hadir dengan dua varian

7eb99e1b 1219 4302 8374 107a7cf4ff87

Menurut laporan Amanz, model ini hadir dengan dua varian iaitu Proton e.MAS 7 Prime dan Proton e.MAS 7 Premium. Varian Prime dilengkapi bateri 49.52 kWh dengan jarak pemanduan sehingga 345 km, manakala versi Premium menawarkan bateri 60.22 kWh dengan jarak pemanduan maksimum 410 km. 

IKLAN

Kedua-duanya menyokong pengecasan pantas DC dengan kapasiti maksimum masing-masing 80 kW dan 100 kW.

Keupayaan dan ciri-ciri canggih Proton e.MAS 7

0e80e44f ba9e 4e58 81f6 fd3b650353a7

Model SUV ini menggunakan motor elektrik 160 kW dengan kuasa 218 PS yang boleh memecut dari 0-100 km/j dalam hanya 6.8 saat dengan kelajuan maksimum pula mencapai 175 km/j. 

Versi Premium hadir dengan tambahan seperti bumbung lut cahaya boleh buka, 16 pembesar suara, paparan HUD, dan tempat duduk yang ada pengudaraan. 

Kedua-dua varian turut dilengkapi Autonomous Driving Tahap 2, paparan infotainmen 15.4 dengan resolusi 2K dan penghawa dingin dengan penapis udara N95.

Rebat dan tawaran istimewa

2c410a1b 7f30 459a 9cde fbf78a6749f7

Tempahan awal menawarkan rebat RM500 dan hadiah bernilai RM1,000 bagi pembeli sebelum pelancaran rasmi. Ini adalah peluang terbaik untuk peminat EV mendapatkan model yang penuh gaya dan prestasi.

#OhmediaNasihat

Proton menunjukkan komitmen terhadap teknologi hijau dengan melancarkan EV pertama mereka. Bagi korang yang nak beralih kepada kenderaan elektrik, ini mungkin peluang terbaik untuk memulakan langkah ke arah gaya hidup lebih mesra alam. Jangan lepaskan tawaran istimewa tempahan awal ini sebelum terlambat!

Copy of Untitled Design   1

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Amanz


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas