Connect with us

Oh! Media

Proton Bakal Lancar Persona MC2 Dan Iriz Active 5 Ogos Ini!

5ee22299 57da 4359 a42f 05cdeb9d556a

Oh! Gear

Proton Bakal Lancar Persona MC2 Dan Iriz Active 5 Ogos Ini!

Menerusi laman Facebook dan Youtube Proton, mereka telah menyiarkan video teaser berkenaan dua model versi dipertingkatkan iaitu Persona MC2 dan Iriz Active. Pasti ramai yang tak sabar kan? Proton akan melancarkan kedua-dua model versi dipertingkatkan itu pada 5 Ogos ini.

BACA : Proton Akan Perkenalkan 4 Model Edisi Terhad Pada 18 Februari Nanti

Pelancaran secara langsung itu dibuat secara maya pada jam 11 pagi tarikh berkenaan. Bagi sesiapa yang nak tahu lebih lanjut berkenaan Persona MC2 dan Iriz Active ini, korang boleh daftar di pautan Proton Register.

IKLAN

Walaubagaimanapun, kedua-dua model ini hanya ditawarkan dengan transmisi CVT dengan fungsi SAT (Stepped Auto Transmission) dan tiada lagi pilihan transmisi manual menurut sumber, Funtasticko.

Bagi Persona MC2, ia dikatakan bakal hadir dengan tiga pihan varian iaitu Standard 1.6L CVT, Executive 1.6L CVT dan Premium 1.6L CVT. Manakala bagi Iriz Active pula ditawarkan dalam tiga varian dengan dua pilihan enjin iaitu Standard 1.3L CVT, Executive 1.6L CVT dan varian baharu iaitu Active 1.6L CVT.

Apapun, kita tunggu sehingga kedua-dua model versi dipertingkatkan ini dilancarkan Proton pada 5 Ogos nanti untuk maklumat lanjut.

Kredit: Funtasticko | Pandu Laju

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas