Connect with us

Oh! Media

Plaza Tol Lebuhraya MEX Kini Dalam Ujian Percubaan Bayaran Guna Kad Debit

Oh! Gear

Plaza Tol Lebuhraya MEX Kini Dalam Ujian Percubaan Bayaran Guna Kad Debit

Sesiapa yang gunakan Lebuhraya MEX, korang dah boleh bayar tol menggunakan kad debit yang kini dalam ujian percubaan. Baru lah senang kan?

ADVERTISEMENT

Bayaran menggunakan kad debit ini adalah sebagai alternatif untuk Touch N Go. Lagi senang, tak perlu nak top-up sebab dia terus tolak jer dari akaun bank.

Menurut laporan sebuah portal, mereka telah cuba sendiri di beberapa plaza tol laluan Lebuhraya MEX dan ia berfungsi dengan lancar.

Lebuhraya MEX

Difahamkan, sebanyak dua terminal disediakan dimana satunya adalah khusus untuk Touch n Go, dan satu lagi untuk kad debit Visa dan Mastercard.

Sebelum ini kerajaan telah mengumumkan dimana sebanyak 12 plaza tol akan menyokong sistem bayaran melalui kad debit menjelang September 2023 ini. 

Antara lebuhraya yang terlibat adalah Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Jambatan Pulau Pinang (JPP), Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE) dan Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP), Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Terowong SMART, Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX) dan Lebuhraya Duta – Ulu Klang (DUKE).

Kredit: Portal

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Penting ke atau korang rasa tak perlu?

♬ original sound – Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas