Connect with us

Oh! Media

Pandu Tanpa Pakai ‘Seatbelt’ Atau Guna ‘Dummy Buckle’ Tempah Maut Sekiranya Terlibat Kemalangan?

Oh! Gear

Pandu Tanpa Pakai ‘Seatbelt’ Atau Guna ‘Dummy Buckle’ Tempah Maut Sekiranya Terlibat Kemalangan?

Rasanya semua tahu yang penggunaan tali pinggang keledar sangatlah penting demi keselamatan dan menjadi perkara wajib ketika memandu kan?

ADVERTISEMENT

BACA : Abang Ali Meninggal Dunia, Terlibat Kemalangan Motosikal

Kebanyakan kereta-kereta baru pun ada yang beri peringatan dengan mengeluarkan bunyi bising apabila pemandu tidak memakai tali pinggang keledar. Sebabkan malas pakai seatbelt dan nak mengelak bunyi bising tu keluar, ada pemandu yang sanggup pakai dummy buckle tu. Tahu tak bahaya?

Menurut laporan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM, impak kemalangan dalam halaju 60kmj bagi individu yang tidak memakai ‘seatbelt’ adalah ibarat jatuh dari bangunan 13 tingkat.

Bukan tu jer, terdapat juga kajian yang menunjukkan sebanyak 30 peratus pemandu yang menggunakan dummy buckle mengalami kecederaan parah ketika kemalangan tau.

Terdapat juga kajian dari Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) yang mendapati sekiranya pemandu dan penumpang memakai seatbelt dengan betul (tanpa lekatkan pada dummy buckle), ianya dapat mengurangkan 50 peratus risiko kecederaan parah dan maut.

Perkara ini juga dapat menghindarkan pemandu dan penumpang daripada terhentak pada papan pemuka atau cermin depan, tercampak keluar dari kenderaan dan terlanggar beg udara ketika mengembung pantas akibat kemalangan.

Nampak tak betapa bahayanya tak pakai seatbelt ni? Bagi sesiapa yang malas nak pakai seatbelt atau ada dummy buckle di dalam kenderaan, buanglah tabiat itu ya demi keselamatan diri.

Kredit: Facebook Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas