Connect with us

Oh! Media

“Next Level..” King Myvi Selamba Park Dalam Rumah Orang Berbumbung Dan Berpagar

king myvi

Oh! Gear

“Next Level..” King Myvi Selamba Park Dalam Rumah Orang Berbumbung Dan Berpagar

Baru-baru ini tular di laman Facebook, hantaran oleh seorang pengguna dikenali sebagai Khalid Fuad yang berkongsi gambar tangkap layar perbualan di aplikasi Whatsapp telah menjadi perhatian netizen.

ADVERTISEMENT

Menerusi hantaran tersebut, sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi telah dilihat parkir di dalam kawasan rumah orang lain.

Difahamkan, situasi itu telah membuatkan pemilik rumah tersebut terpaksa memaklumkan menerusi WhatsApp Group kejiranan demi bertanyakan siapakah pemilik Perodua Myvi tersebut bagi mengubah parkir kenderaan mereka.

Kereta siapa ni parking rumah saya sebab saya nak parking tak boleh.

Malah, pemilik rumah tersebut juga gagal untuk parkir kenderaan dirumah sendiri akibat daripada tindakan individu tersebut.

Meninjau di ruangan komen, para netizen turut terhibur dan cuba untuk ‘husnuzon’ dengan tindakan yang dilakukan oleh pemilik Myvi itu.

Myvi next level. Ni kira dia sedekahkan myvi dia. – Netizen.

Balik kampung lama sangat, nasib baik jiran prihatin, tolong parking kereta, nampak sikit ada org dekat rumah, jadi perompak pun takut nak masuk. – Tulis seorang pengguna Facebook.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas