Connect with us

Oh! Media

MBSA Menawarkan 10 Pengecas EV Secara Percuma Di Shah Alam

pengecas

Oh! Gear

MBSA Menawarkan 10 Pengecas EV Secara Percuma Di Shah Alam

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengumumkan telah menyediakan sekitar 10 pengecas kenderaan elektrik (EV) secara percuma di bawah kawasan pentadbiran mereka.

ADVERTISEMENT

Antara lokasi yang terdapat pengecas EV berkenaan adalah termasuk di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Wisma MBSA dan juga di pejabat cawangan MBSA.

Tambahan, pengecas kenderaan elektrik ini disediakan hasil kerjasama dengan pihak Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air.

Dalam pada itu, MBSA turut sedang mengenal pasti lokasi lain untuk terus menambah pengecas kenderaan elektrik.

Dibawah perancangan kerajaan Selangor, ia disasarkan sekitar 1000 pengecas kenderaan elektrik tersedia di 12 PBT menjelang penghujung 2023, termasuk di Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya, Klang, Kajang dan juga Ampang Jaya.

Untuk pengetahuan umum, buat masa ini terdapat  102 pengecas kenderaan elektrik di Selangor.

Kredit: Bernama

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Baru tahu banyak cara yang kita bolek praktikkaan kalau nak buat diaet IF ni ye. #intermittentdiet#fasting#for#health#if#ohlifestyle#ohmedia

♬ The Spectre – Alan Walker

  • pengecas
  • pengecas

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas