Connect with us

Oh! Media

“Lupa Nak Renew Insuran” – Ini Antara Alasan Popular Tidak Perbaharui Insuran Kenderaan

JPJ

Oh! Gear

“Lupa Nak Renew Insuran” – Ini Antara Alasan Popular Tidak Perbaharui Insuran Kenderaan

Rata-rata pemandu yang gagal menunjukkan Sijil Perlindungan Insurans dalam Operasi Bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang dijalankan di Jalan Persiaran Senawang malam Sabtu lepas dengan alasan ‘terlupa’.

ADVERTISEMENT

BACA : Duduk Sambil Tunggu Giliran Di JPJ, Warga Emas Ditemui Meninggal Dunia

Menurut laporan Sinar Harian, JPJ tidak memberi penangguhan bagi insuran kenderaan, tetapi yang dibenarkan hanyalah Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM).

Ini disebabkan insuran merupakan perkara yang sangat penting untuk beri perlindungan apabila sesuatu terjadi pada kenderaan korang dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Azrin Norhan.

Jangan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita biarkan kenderaan tidak dilindungi insurans.

Dalam operasi yang bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 12 malam itu, JPJ telah mengeluarkan sebanyak 200 notis atas pelbagai kesalahan dan lima kenderaan disita. 

Bagi sesiapa yang belum renew insuran kenderaan tu, pergilah buat cepat. Bukan nak mendoakan, tapi kalau ada sesuatu berkata buruk yang jadi nanti, korang juga yang susah.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas