Connect with us

Oh! Media

Lebuhraya SUKE Fasa 2 Bakal Dirasmikan Minggu Depan?

Ohmedia lebuhraya

Oh! Gear

Lebuhraya SUKE Fasa 2 Bakal Dirasmikan Minggu Depan?

Sebelum ini, syarikat pengendali lebuh raya syarikat PROLINTAS sudah membuka Fasa 1 pada 16 September 2022 dan kini Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) Fasa 2 bakal di dirasmikan minggu hadapan.

Lebuhraya SUKE Fasa 2 itu dijangka akan menyuraikan trafik sepanjang Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Bandar Tasik Selatan, dan Desa Tun Razak, termasuk menghubungkan MRR2, Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, dan Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA).

Malah, PROLINTAS meramalkan Lebuhraya SUKE Fasa 3 itu bakal menampung separuh kapasiti trafik harian MRR2 berdasarkan purata trafik Fasa 1 dalam sekitar 60,000-70,000 kenderaan sehari.

IKLAN
Lebuhraya

Dalam pada itu, pembukaan Lebuhraya SUKE Fasa 2 ini akan memberikan akses kepada lebuhraya utama dan projek Lebuhraya SUKE sudah mencapai kadar kemajuan 99.36 peratus.

Tambahan, jajaran kedua adalah sepanjang 7.8km itu daripada keseluruhan laluan utama sepanjang 24.4km, membabitkan pembinaan satu tol dan dua laluan pertukaran (interchange), iaitu Sungai Besi dan Sri Petaling.

Sementara itu, bagi laluan Lebuhraya SUKE Fasa 3 merupakan jajaran terakhir yang dijangka dibuka menjelang suku ketiga tahun ini.

BACA: Lebuh Raya Bakal Guna Sistem ‘Open Payment’, Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit Dan Debit

Kredit: Pandulaju

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas