Connect with us

Oh! Media

Komponen Perlu Diganti Segera, Ini Senarai ‘Product Recall’ Kenderaan Oleh JPJ

jpj

Oh! Gear

Komponen Perlu Diganti Segera, Ini Senarai ‘Product Recall’ Kenderaan Oleh JPJ

jpj

Jabatan Pengangkutan Jalan Raya Malaysia (JPJ) telah kongsikan senarai model-model kenderaan yang dipanggil semula. Agak-agak kereta korang ada tak?

ADVERTISEMENT

Menerusi satu perkongsian di Facebook rasmi, JPJ tegas mengatakan agar kenderaan-kenderaan yang mereka senaraikan ini segera menghubungi wakil pengedar yang sah.

Berikut adalah senarai kendaraan bagi pelbagai model yang terlibat :

Perodua

  1. Perodua Ativa (X, H, AV) | Keluaran 2022-2023 | 1,146 unit
  2. Perodua Alza (X, H, AV) | Keluaran 2022-2023 | 562 unit

Toyota

  1. Toyota Veloz | Keluaran 2022-2023 | 201 unit
kenderaan

Mercedes-Benz

  1. Mercedes-Benz C-Class (203 platform) | Keluaran 2001-2011 | 8 unit
  2. Mercedes-Benz CLK (209 platform) | Keluaran 2001-2011 | 2 unit
  3. Mercedes-Benz CLS (219 platform) | Keluaran 2001-2011 | 18 unit
  4. Mercedes-Benz E-Class (211 platform)  | Keluaran 2001-2011 | 21 unit
  5. Mercedes-Benz CL-Class Coupe (203 platform) | Keluaran 2001-2011 | 2 unit
  6. Mercedes-Benz GLE/MI (166 platform) | Keluaran 2001-2019 | 524 unit
  7. Mercedes-Benz GLE Coupe (292 platform) | Keluaran 2001-2019 | 305 unit

Audi

  1. Audi Q5 (8R) | Keluaran 2008-2017 | 1,129 unit
  2. Audi A4 (8D) | Keluaran 1996-2001 | 304 unit
  3. TT (8N) | Keluaran 1998-2001 | 21 unit
  4. A5 (8T) | Keluaran 2010-2012 | 4 unit
  5. A6 (4B) | Keluaran 1996-2001 | 144 unit
  6. A8 (4D) | Keluaran 1996-2001 | 1 unit
  7. A6 (4F) | Keluaran 2005-2011 | 371 unit
  8. A4 (8E) | Keluaran 2005-2008 | 487 unit
  9. TT (FV) | Keluaran 2015-2017 | 307 unit

Honda

  1. Honda ADV750LM | Keluaran 2015-2017 | 261 unit

Suzuki

  1. Suzuki Hayabusa GSX1300R | Keluaran 2021-2023 | 15 unit
kenderaan

Sekiranya kenderaan anda terlibat dalam aktiviti Product Recall seperti di atas, sila hubungi wakil pengedar yang sah untuk temujanji bagi proses penukaran komponen tersebut.

Haa, kalau kereta korang tersenarai ,cepat-cepatlah pergi hubungi wakil pengedar yang sah untuk buat temujanji bagi proses penukaran komponen yang perlu ditukar itu. Dah nak raya ni!

Kredit: Facebook JPJ

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas