Connect with us
kereta

Oh! Gear

Kereta Anda Tiba-Tiba Tersengguk-Sengguk Ketika Pedal Minyak Ditekan? Ini Merupakan Beberapa Sebab Ia Berlaku

Pernah tak anda mengalami situasi di mana kenderaan anda tersengguk-sengguk ketika pedal minyak ditekan. Tetapi apakah punca sebenar situasi ini berlaku?

Berikut adalah beberapa kemungkinan yang anda perlu teliti jika kereta anda menghadapi masalah di atas.

IKLAN

Penapis Bahan Api Tersumbat

Apabila kita menggunakan penapis bahan api atau fuel filter terlalu lama, ia akan menyebabkan masalah memandangkan penapis ini boleh tersumbat dan mengakibatkan masalah kereta semput.

kereta

Air Filter Tersumbat

Antara kemungkinan lain kereta anda tersengguk-sengguk adalah Air Filter yang telah digunakan terlalu lama boleh mengakibatkan ia tersumbat. Malah, keadaan ini juga menyebabkan berlakunya peningkatan pada penggunaan bahan api.

Spark Plug Rosak

Spark plug atau palam pencucuh yang sudah rosak boleh menjadi salah satu punca mengapa kereta anda tersengguk-sengguk ketika pedal minyak ditekan. Ia akan menyebabkan percikan (spark) yang terhasil semakin lemah akan mengakibatkan pembakaran udara atau bahan api menjadi tidak sempurna.

kereta

Fuel Injector Gagal Berfungsi

Seterusnya, sebab kereta anda tersengguk-sengguk adalah kerana fuel injector yang sudah kotor, tersumbat dan kesukaran injector itu sendiri untuk dibuka dan ditutup.

Masalah Pada Distributor

Masalah ini sering berlaku tidak kira ia distributor mekanikal mahupun elektronik.

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Hai semua! Saya penulis separuh masa di Oh! Media berkaitan isu-isu trending dan hiburan.

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas