Oh! Gear
Ini Senarai Stesen Dan Peta Laluan MRT3 Yang Bakal Dibina Kelak
Laluan Lingkaran Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT3) akan dibina nanti dan pihak mereka juga turut kongsikan peta laluannya.
BACA : Lelaki Malaysia Ditangkap Beronani Depan Wanita Dalam MRT Singapura
Menurut laporan Careta, peta yang dikongsikan itu juga membentuk laluan lengkap dalam satu bulatan. Itulah sebabnya MRT3 ini juga dikenali sebagai Circle Line.
Untuk pengetahuan, laluan itu mempunyai jarak sepanjang 51km dengan 40.1km merupakan laluan bertingkat dan selebihnya adalah laluan bawah tanah.

Terdapat 31 stesen yang ada dan dibawah adalah senarainya:
- Titiwangsa (stesen pertukaran ke Laluan Sentul Timur, Laluan Putrajaya, Monorel)2.
- Kampung Puah3.
- Jalan Langkawi
- Danau Kota
- Setapak
- Rejang
- Setiawangsa (stesen pertukaran ke Laluan Gombak)
- AU2
- Taman Hillview
- Tasik Ampang
- Kampung Pandan
- Pandan Indah (stesen pertukaran ke Laluan Ampang)
- Taman Kencana
- Taman Cheras
- Taman Midah (stesen pertukaran ke Laluan Kajang)
- Jalan Yaakob Latif
- Sri Permaisuri
- Salak Selatan (stesen pertukaran ke Laluan Sri Petaling)
- Salak Jaya (stesen sementara)
- Kuchai (stesen pertukaran ke Laluan Putrajaya)
- Jalan Klang Lama
- Pantai Dalam (stesen pertukaran ke KTM Tanjung Malim-Pelabuhan Klang)
- Pantai Permai
- Universiti (stesen pertukaran ke Laluan Kelana Jaya)
- UM
- Bukit Kiara South (stesen pertukaran ke Laluan Kajang)
- Bukit Kiara (stesen sementara)
- Sri Hartamas
- Mont Kiara
- Bukit Segambut
- Taman Sri Sinar
- Dutamas
- Jalan Kuching (stesen pertukaran ke KTM Tanjung Malim-Pelabuhan Klang)
Kredit: Careta
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

