Connect with us

Oh! Media

Lelaki Malaysia Ditangkap Beronani Depan Wanita Dalam MRT Singapura

onani

Trending

Lelaki Malaysia Ditangkap Beronani Depan Wanita Dalam MRT Singapura

Dah duduk negara orang tu buatlah perangai baik sikit bro! Apa nak jadi sampai beronani dalam MRT ni? Memetik laporan Harian Metro, seorang lelaki warganegara Malaysia telah ditangkap selepas didapati berulang kali melakukan onani dalam MRT.

ADVERTISEMENT

Suspek, Lee Sing Hee, 38 tahun mengaku bersalah atas dua pertuduhan melakukan perbuatan lucah dan menganggu penumpang lain di mahkamah. Disebabkan itu, mahkamah mengenakan denda sebanyak 2,000 Dolar Singapura (RM6,147) kepada pesalah.

Lee onani betul-betul depan seorang wanita?

Berdasarkan apa yang diceritakan kepada mahkamah, Lee telah menaiki MRT pada 12 April petang menuju ke Harbourfront di Laluan Circle. Dia kemudian berdiri berhampiran pintu dengan menghadap seorang wanita. Pada waktu itulah dia melakukan onani dari dalam seluarnya.

Lee kemudian berhenti beronani selepas wanita itu turun di Stesen Serangoon. Lee yang masih tak dapat tahan pelakuannya pergi ke tengah kabin dan berdiri di hadapan seorang wanita lain pula dan melakukan perbuatan sama.

Dihalau keluar dari MRT

Kali ini dia tidak mahu wanita itu menyedari perbuatannya dan melindungi tangan di dalam seluarnya dengan beg. Wanita itu rasa tidak selesa dan beralih ke kabin lain. Perbuatan jijik Lee juga sebenarnya disedari seorang lelaki yang menghalangnya dan memintanya turut di stesen seterusnya.

Kakitangan di Stesen Lorong Chuan kemudian menghubungi polis dan Lee beredar dari situ. Dia bagaimanapun sekali lagi melakukan perbuatan sama pada 21 Ogos kepada seorang wanita lain. Semua perbuatannya itu diceritakan saksi dan mangsa kejadian.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas