Connect with us

Oh! Media

Ini Antara 5 Kereta Sport Paling Termahal Atas Muka Bumi Pernah Dibuat

Oh! Gear

Ini Antara 5 Kereta Sport Paling Termahal Atas Muka Bumi Pernah Dibuat

Kebanyakkan peminat kereta diluar sana pastinya bercita-cita untuk memiliki sebuah kereta mewah betul tak? Kalau dapat satu pun jadilah. Tapi, korang tahu tak kereta apa yang paling mahal di dunia ini yang pernah dihasilkan? Meh sini Ohmedia share dan mungkin ada antara korang yang tak pernah dengar pun..

ADVERTISEMENT

Bugatti Divo

Sumber gambar : Wikipedia

Divo adalah model terbaru dilancarkan Bugatti ketika ini. Terlalu banyak keistimewaan yang ada pada Divo walaupun terdapat banyak persamaan dengan model yang dilancarkan sebelumnya, Chiron. 

Untuk menjadikan Divo lebih ringan daripada Chiron sebanyak 7 paun, Divo dibuat dengan intercooler serat karbon, roda yang lebih ringan dan macam-macam lagi. 

Kereta ini dijual pada harga mencecah RM25 juta yang didatangkan dengan enjin 8L W16 berkuasa 1,479 kuasa kuda dan tork sebanyak 1,600 Newton-meter. 

Lykan Hypersport

Sumber gambar: Wikipedia

Dubai mengejutkan dunia setelah W Motors mengekuarkan Lykan Hypersport pada tahun 2013 lalu. Cukup korang tahu yang Lykan Hypersport ini mempunyai paparan holografik di konsol tengah, titanium LED yang menempatkan berlian 420 karat pada lampu depan dah terbukti menjadikan ia salah satu kereta termahal di dunia.

Lykan Hypersport ini dijual pada hraga lebih RM14 juta dan dijana dengan enjin enam silinder berkembar 3.7 liter turbo yang mampu menghasilkan 780 kuasa kuda dan tork sebanyak 960 Newton-meter.

Aston Martin Valkyrie

Sumber gambar : Motor1

Aston Martin Valkyrie dijana dengan enjin V12 6.5 liter Cosworth yang mampu menghasilkan 1,160 kuasa kuda dan tork sebanyak 900 Newton-meter. Kereta ini mampu mencapai kelajuan maksima 321 kilometer per jam.

Aston Martin Valkyrie ini dijual dengan harga lebih RM13  juta dan telah habis dijual walaupun masih belum ada dalam pasaran.

McLaren Speedtail

Sumber gambar : Wikipedia

McLaren model Speedtail ini didatangkan dengan enjin V8 4.0 liter turbo berkembar hibrid yang mampu menghasilkan 1,055 kuasa kuda yang mampu mencapai sehingga 402 kilometer per jam. Ia juga merupakan kereta terpantas dari British yang pernah dihasilkan.

McLaren Speedtail ini dijual mencecah RM9.15 juta dan sekaligus menjadikan ia salah satu kereta termahal didunia.

Pagani Huayra

Sumber gambar : Motor Authority

Pagani Huayra ini dikeluarkan dalam jumlah yang terhad iaitu 100 unit antara tahun 2012 sehingga 2018. Ia dijana dengan enjin 6.0L turbocharged V12 yang mampu menghasilkan 720 kuasa kuda. 

Pagani Huayra yang merupakan kelahiran dari negara Itali ini dijual pada harga lebih RM5.8juta. 

Antara kelima-lima kereta diatas, mana satu yang korang berkenan? Kalau ada rezeki, dapat pakai satu kereta mewah sekali seumur hidup ni pun jadilah. Apapun, Myvi tetap king di Malaysia yang tiada siapa pun boleh kalahkan. Kah!

Kredit: Motor1 | Majalahlabur | Man Trailer | Victor Mochere

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas