Connect with us

Oh! Media

Ini 5 Kereta Malaysia Yang ‘Rare’ Atas Jalan Raya

5 Kereta Malaysia yang rare

Oh! Gear

Ini 5 Kereta Malaysia Yang ‘Rare’ Atas Jalan Raya

Terdapat banyak model kereta Malaysia yang telah diperkenalkan dua pengeluar kereta tempatan iaitu Proton dan Perodua. Tapi, mungkin ada antara korang yang tidak tahu atau tidak pernah nampak langsung model-model yang ‘rare’ ini diatas jalan raya disebabkan kuantiti yang didaftar tidak banyak atau mungkin penjualannya tidak begitu laris di Malaysia.

ADVERTISEMENT

Jadi, meh sini Ohmedia nak share dekat korang 5 buah kereta tersebut..

1. Proton Tiara

Sumber gambar: Wikipedia

Proton Tiara telah diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1996 dengan usaha sama pengeluar kereta Perancis, Citroen. Kereta ini didatangkan dengan enjin 1.1L bersama 5-kelajuan transmisi manual. 

Bukan biasa-biasa, kerjasama dengan pengeluar Perancis kot. Kalau korang nak tahu, alat ganti kereta ini sukar untuk diperoleh. Selepas 4 tahun penghasilan, model ini telah dihentikan secara rasmi pada tahun 2000.

2. Proton Juara

Sumber gambar: Wikipedia

Korang tahu tak yang Proton pernah keluarkan micro van atau mini MPV suatu ketika dulu? Proton Juara diperkenalkan di Malaysia pada pertengahan tahun 2001 dan merupakan mini MPV pertama negara.

Kereta yang mempunyai 6 tempat duduk ini didatangkan dengan enjin 1.1L bersama 4-kelajuan transmisi automatik. Rekabentuk Proton Juara ini agak ‘petak’ dan mungkin inilah salah satu faktor kenapa ianya kurang berada di atas jalanraya. Penjualannya juga dihentikan setelah 2 tahun dilancarkan.

3. Perodua Nautica

Sumber gambar: Paul Tan Automotive

Perodua Nautica dipasarkan di Malaysia pada tahun 2008. Kalau korang perhatikan, cantik jer design Perodua Nautica ni tapi kenapa agaknya ia tidak dikenali? 

Untuk pengetahuan, kereta ini merupakan kembar kepada Toyota Rush. Oleh sebab itu, ramai yang memilih untuk memiliki Toyota Rush berbanding Perodua Nautica kerana harganya yang tak jauh beza. 

Kereta ini didaftar kurang dari 500 unit dan itulah salah satu faktor kenapa ia tidak kelihatan di atas jalan raya.

4. Proton Arena

Sumber gambar: Wikipedia

Proton Arena merupakan sebuah mini pickup truck dari Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 2002. Kereta ini didatangkan dengan enjin 1.5L bersama 5-kelajian transmisi manual dengan. Muka depan Proton Arena ini sama je dengan Proton Wira kalau korang perasan.

Dengan dua tempat duduk bersama ketinggian yang agak rendah, mungkin pada masa itu ramai rakyat Malaysia tidak menyukainya menjadikan kereta ini tidak begitu laku pada zaman itu.

Untuk pengetahuan, Proton telah mengeksport model ini ke pasaran United Kingdom, Afrika Selatan, Taiwan dan Australia yang dikenali dengan nama Proton Jumbuck.

5. Perodua Rusa

Sumber gambar: Wikipedia

Bukan Proton sahaja yang pernah mengeluarkan van, Perodua pun sama tau. Perodua Rusa telah diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1996 yang didatangkan dengan dua varian. Satunya menggunakan enjin 1.3L dan keduanya menggunakan enjin 1.6L menggunakan 5-kelajuan trasmisi manual.

Jadi, antara yang disenaraikan di atas mana satu yang korang tak pernah dengar ataupun taktahu langsung? Apapun, diharapkan Proton dan Perodua terus maju dan mengeksport lebih banyak model keluaran mereka ke negara luar.

Kredit: Wikipedia | Iluminasi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas