Connect with us

Oh! Media

Honda HR-V Baru Lancar Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM114k

B95476c9 dd4a 487f 97a8 455b542c99ac

Oh! Gear

Honda HR-V Baru Lancar Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM114k

Honda Malaysia baru saja melancarkan model yang dinanti-nanti ramai iaitu HR-V (2022) serba baru untuk pasaran Malaysia. Pergh! Apa kelainan yang dibawakan kali ini?

88ef5c99 954b 47a3 8ad7 9d7075a40f71

Menurut laporan Pandu Laju, Honda HR-V baru ini didatangkan dengan empat varian iaitu S yang hadir dengan enjin 1.5L DOHC i-VTEC (NA), E dan V yang hadir dengan enjin 1.5L VTEC Turbo dan RS yang hadir dengan enjin Hibrid e:HEV Hybrid.

Bc98f3bd c238 490b 9f97 d51a345aa479

Untuk varian S, ia mampu menghasilkan 119hp dan 145Nm serta penjimatan bahan api sehingga 5.9 liter per kilometer. Untuk varian E dan V pula, ia mampu menghasilkan 179hp dan 240Nm serta penjimatan bahan api sehingga 6.5 liter per kilometer. Varian RS iaitu yang paling ‘high spec’ pula mampu menghasilkan 129hp dan 253Nm serta penjimatan bahan api sehingga 4.1 liter per kilometer.

IKLAN

Korang boleh dapatkan model ini pada harga RM114,800 untuk varian S, RM129,800 untuk varian E, RM134,800 untuk varian V dan RM140,800 untik varian RS.

Bahagian luaran

3e4f6599 163a 465c ba4c ec00122b1c06

Terdapat lima pilihan warna yang ditawarkan iaitu Ignite Red Metallic(merah), Meteoroid Gray Metallic (kelabu), Platinum White Pearl (putih), Lunar Silver Metallic(perak), Ruse Black Metallic (hitam).

Bahagian dalaman

34c03c6f 0fae 4107 b174 0939649a7d74

Kesemua varian mempunyai butang penghidup tekan-mula (push-start), stereng multifungsi dengan ciri boleh laras teleskopik dan condong (tilt).

Ciri keselamatan

  • Semua varian dilengkapi teknologi bantuan pemandu termaju Honda SENSING, terdiri daripada:
    • 4 beg udara
    • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA)
    • Bantuan Mula Daki (HSA)
    • Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)
    • Kawalan Turun Bukit (HDC)
    • Bantuan Pengendalian Tangkas (AHA)
    • Pengingat tali keledar untuk semua kerusi
    • Signal Henti Kecemasan (ESS)
  • Varian E, V dan RS mendapat tambahan dua lagi beg udara kepada 6 beg udara.
  • Varian V dan RS mendapat ciri Honda LaneWatch (HLW), iaitu sensor kamera untuk mengesan titik buta yang dipaparkan pada skrin unit infotainmen. HLW diaktifkan automatik apabila tuil signal belok kiri diaktifkan, atau boleh tekan saja butang LaneWatch.

Apa pandangan korang?

Kredit: Pandu Laju

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas