Connect with us

Oh! Media

Harga Bermula Dari RM62K, Tempahan Perodua Alza 2022 Kini Dibuka

Alza

Oh! Gear

Harga Bermula Dari RM62K, Tempahan Perodua Alza 2022 Kini Dibuka

Yang ditunggu telah pun tiba. Setelah sekian lama menanti, kini anda sudah boleh mula untuk menempah Perodua Alza 2022 tau.

ADVERTISEMENT

BACA: Ini Rupa Perodua Alza (2022) Sebenar, Foto ‘Fresh’ Dari Kilang!

Harga bermula RM62,000

Bermula dengan harga RM62,000, sudah pasti anda tertanya-tanya apakah kelainan Perodua Alza 2022 berbanding dengan model generasi pertama dulu kan?

Menurut laporan Careta, Alza 2022 ini dilengkapi dengan enjin 1.5 liter 2NR-VE dengan transmisi menggunakan D-CVT dan penggunaan bahan api sejauh 22.0 km bagi setiap satu liter minyak.

Perodua Alza 2022 ini didatangi dengan lampu LED dengan fungsi follow-me-home serta lampu LED adaptif dengan lampu membelok jenis sekuential. Selain itu, ia turut menawarkan varian yang mempunyai mod pemanduan (Eco, Normal, Power).

Bukan itu sahaja, model MPV ini juga bakal didatangkan dengan ciri brek parkir elektronik (EPB) dan sistem kamera keliling 360 darjah yang merupakan ciri pertama yang wujud pada sebuah kereta Perodua.

Didatangkan dengan tiga varian iaitu X, H dan AV dengan lima warna menjadi pilihan iaitu Vintage Brown, Garnet Red, Elegant Black, Glittering Silver dan Ivory White.

Bagi yang berminat memilik Perodua Alza 2022 ini, model ini ditawarkan dengan harga bermula dari RM62,000 (1.5L X), RM68,000 (1.5L H) dan RM75,000 (1.5L AV) tanpa insurans dan cukai jalan.

Kredit: Careta

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
 

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas