Connect with us

Oh! Media

Hafizh Teruja Bila TMJ Nyatakan Minat Untuk Hulurkan Bantuan

Oh! Gear

Hafizh Teruja Bila TMJ Nyatakan Minat Untuk Hulurkan Bantuan

Pemilik pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru-baru ini dalam satu temubual mengakui teruja melihat semangat dan sikap yang ditampilkan pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin yang kini beraksi bersama pasukan NTS RW Racing GP.

ADVERTISEMENT

Bukan setakat itu, TMJ turut menyatakan minatnya untuk membantu karier Hafizh Syahrin dalam arena permotoran.

Mungkin saya akan cuba membantu, tak banyak pun sikit saya akan bantu untuk dia mengejar cita-citanya dan boleh membanggakan negara serta diri sendiri.

Kita belum tahu lagi, saya belum berjumpa atau berbincang dengan beliau lagi. Saya pun nak tahu berapa bajet dia setiap tahun, apa bantuan yang dia terima sebelum ini, apa perancangan dia, jadi benda itu belum ada apa-apa perbincangan lagi. – Kata TMJ.

Ternyata apa yang disampaikan TMJ ini sudah pasti membuatkan Hafizh Syahrin sangat terkejut dan berbesar hati kerana TMJ sudi untuk membantunya dalam Kejohanan Dunia MotoGP.

Saya sangat teruja dan terharu sebab tunku berminat untuk membantu saya. Memang saya amat berbesar hati dan menghargainya.

Saya tak boleh komen apa-apa lagi kerana saya pun belum dapat berjumpa dengan tunku dan belum berbincang lebih lanjut terutamanya mengenai apa yang saya perlukan. – Kata Hafizh.

Hafizh turut menjadikan kata-kata positif tunku sebagai pembakar semangat untuk dia terus berjuang. HS55 sebelum ini telah berada di kemuncak kerjaya apabila berjaya tersenarai dalam MotoGP tetapi sejak 2019 hingga sekarang semuanya seperti tidak kena.

Tahun lalu kita semua tahu seluruh dunia dilanda Covid-19 dan banyak penaja yang menarik diri dan ada yang tidak boleh memberikan sokongan 100 peratus. – Kongsi Hafizh lagi.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas