Connect with us

Oh! Media

Aprillia RS660 Dilancarkan, Harga Bawah RM60k

Bd97dfe6 1d5c 4550 8c18 3677a82e62e8

Oh! Gear

Aprillia RS660 Dilancarkan, Harga Bawah RM60k

Siapa yang sukakan dunia permotoran pasti tahu dengan jenama Aprillia, betul tak? Kalau korang nak tahu, ada sportbike jenama Aprilla terbaru telah dilancarkan di Malaysia hari ini iaitu Aprillia RS660 (2021).

Bagi sesiapa yang pernah tengok filem bikers kental, Aprilla RS660 terbaru ini boleh dikatakan adik kepada Aprillia RSV4 yang ditunggang Zizan dalam filem tersebut.

Hadir dengan rekabentuk yang sporty, ia didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu Lava Red dan Apex Blue. Aprilla RS660 ini dikuasakan dengan enjin 4-lejang 659cc Parallel-Twin DOHC bersama transmisi manual 6-kelajuan berserta ciri Quick Shifter (AQS) atas bawah.

IKLAN

Dilengkapi dengan 5 mod tunggangan iaitu Commute, Dynamic dan Individual bagi jalanan, manakala dua lagi untuk trek, Challenge dan Time Attack.

Bagi sesiapa yang berminat, korang boleh dapatkan Aprillia RS660 ini pada harga RM59,900 tidak termasuk cukai jalan dan insurans.

Kredit: Pandu Laju

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas