Connect with us

Oh! Media

Apple Bakal Perkenalkan Kereta Elektrik Tanpa Stereng Dan Pedal

apple car

Oh! Gear

Apple Bakal Perkenalkan Kereta Elektrik Tanpa Stereng Dan Pedal

Apple cukup terkenal sebagai sebuah syarikat yang suka menhasilkan produk yang berinovasi. Lihat sahaja Apple yang dibangunkan oleh Steve Job berjaya menghasilkan sebuah komputer dan juga telefon pintar yang benar-benar mengubah dunia.

ADVERTISEMENT

Tapi adakah Apple masih mampu lakukan kejutan baharu?

Mungkin ramai yang mengetahui Apple sebelum ini pernah ada spekulasi mengatakan Apple sedang menghasilkan sebuah kereta elektrik.

Memetik laporan Bloomberg, Apple akan memperlihatkan kereta jenama mereka sendiri menjelang tahun 2025. Apple sendiri juga dikatakan semakin tak sabar melihat hasil pembangunan kereta elektrik mereka.

Apple Car dibangunkan lebih pintar

Antara ciri yang paling unik untuk kereta elektrik Apple nanti adalah apabila sistem pada Apple Car mampu swapandu sepenuhnya. Ini bermakna pedal atau stereng kereta tidak akan diletakkan langsung dan hanya dipandu sepenuhnya oleh sistem Apple Car. Fuhh! Tesla pun tak sampai tahap ni lagi…

Itulah visi sebuah syarikat besar. Tapi apapun, keunikan ini tidak akan dihasilkan untuk kereta keluaran pertama mereka. Bagaimanapun, ia akan dihasilkan mengikut perkembangan teknologi baharu yang ada di pasaran sekarang.

Kredit: Bloomberg

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas