Connect with us

Oh! Media

IWH Jalin Kerjasama Dengan Catcha Group Teroka Pembangunan Bandar Internet Bertaraf Dunia

Oh! Bisnes

IWH Jalin Kerjasama Dengan Catcha Group Teroka Pembangunan Bandar Internet Bertaraf Dunia

Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) umum kerjasama dengan Catcha Group Sdn Bhd bagi meneroka Pembangunan Bandar Internet dan hab perniagaan teknologi Asia Tenggara.

ADVERTISEMENT

Pertumbuhan pesat sektor teknologi itu membuka mata IWH dan Catcha Group untuk menandatangi memorandum persefahaman (MOU) selepas menyedari terdapat peluang besar untuk meneroka dan memahami sektor berkenaan dengan lebih terperinci.

Johor dan Kuala Lumpur sebagai lokasi utama

Menjadikan Johor dan Kuala Lumpur sebagai lokasi utama, pasukan khas akan menyelidik kemajuan Bandar internet berinspirasikan Hab Teknologi di Paris, Silicon Valley di California dan juga Shenzen China.

Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan

Menurut Pengerusi IWH, Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan, kerjasama hebat ini dibuat di antara dua pemimpin yang mempunyai kepakaran di dalam bidang masing-masing.

Penglibatan Catcha sebagai syarikat teknologi memberi mereka peluang untuk meningkatkan lagi kajian bagi keperluan syarikat teknologi sesuai dengan kesesuaian pertumbuhan kemajuan masa kini.

IWH pula ialah pemaju induk utama di Johor dan kami berharap dapat mencipta pelan tindakan komprehensif untuk membina Bandar Internet bertaraf dunia bersama Catcha Group.

Bandar internet akan dibina sebagai sasaran pintu masuk perniagaan teknologi Asia Tenggara daripada teknologi global gergasi seperti Amerika Syarikat, China dan ekonomi utama lain.

“Bandaraya Internet Johor” bakal menjadi sebuah bandar internet yang lebih efektif

Oleh itu, konsep “Bandaraya Internet Johor” bakal menjadi sebuah bandar internet yang mempunyai kos yang lebih efektif berbanding Singapura yang menghadapi peningkatan membabitkan kos hartanah dan kemahiran pakar.

Bukan itu sahaja, Sistem Transit Aliran (RTS) Johor Bahru – Singapura yang bakal siap dibina pada tahun 2026 dilihat mampu untuk merancakkan lagi cadangan hab teknologi ini.

Encik Patrick Grove yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di Catcha berkata, inisiatif ini merupakan salah satu peluang untuk meneroka kemajuan pembangunan berasaskan internet dan teknologi.

Patrick Grove

Katanya, syarikat teknologi dan digital kini menjadi pelabur terbesar bagi memesatkan lagi perkembangan pembangunan komersial.

Walaubagaimanapun kami dapati kemajuan pembangunan pada hari ini masih lagi tidak dipenuhi oleh syarikat yang berasaskan internet dan teknologi.

Beliau turut teruja untuk bekerjasama dengan Iskandar Waterfront Holding (IWH) dalam usaha meningkatkan lagi sektor ini.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Bisnes

Ke Atas