Connect with us

Oh! Media

catcha digital

Oh! Bisnes

Catcha Digital Ambil Alih 70% Saham Tastefully, Terokai Sektor Ekspo Makanan Terbesar Malaysia

Catcha Digital Berhad hari ini mengumumkan bahawa syarikat tersebut telah menandatangani perjanjian penjualan saham untuk mengambil alih 70% kepentingan ekuiti dalam Tastefully Malaysia Sdn Bhd dengan nilai tunai sebanyak RM7.6 juta.

Bayaran tunai ini akan dilaksanakan dalam empat peringkat sepanjang 36 bulan, bergantung kepada pencapaian keuntungan selepas cukai (PAT) yang dijangka dalam tempoh tersebut.

IKLAN

Pecahan PAT yang dijangka adalah sebanyak RM0.5 juta untuk tahun 2024, RM1.1 juta untuk tempoh 12 bulan selepas tarikh penyiapan (completion), RM1.4 juta untuk tempoh 13 hingga 24 bulan selepas completion, dan RM1.6 juta untuk tempoh 25 hingga 36 bulan selepas completion.

Catcha Digital ambil alih 70% kepentingan Tastefully

tastefully
Dari kiri: Jacky Tee, CFO iMedia Asia Sdn Bhd; Carrie Ee, Penasihat Perniagaan dan Penasihat Undang-Undang Tastefully Malaysia Sdn Bhd; Lee Jing Yee, Pengarah Pembangunan Perniagaan Tastefully Malaysia Sdn Bhd; Esther Fong Shal Thing, CEO & Pengasas Bersama Tastefully Malaysia Sdn Bhd; Eric Tan, CEO Catcha Digital Bhd

Pengambilalihan strategik ini mencerminkan aspirasi Catcha Digital untuk terus mengembangkan perniagaan media digitalnya yang bersepadu iaitu menyediakan penyelesaian pengiklanan omnichannel dari online ke offline pangkalan pelanggannya.

Transaksi ini dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan Catcha Digital pada masa hadapan.

Tastefully: Pemimpin dalam ekspo makanan pengguna di Malaysia

tastefully
Sekitar majlis menandatangani perjanjian

Tastefully merupakan salah satu syarikat terkemuka dalam penganjuran ekspo makanan pengguna di Malaysia.

Ia menganjurkan acara-acara utama di lokasi seperti Mid Valley Exhibition Centre (KL), Mid Valley Southkey Exhibition Centre (Johor), Sunway Pyramid Convention Centre, dan Sabah International Convention Centre.

Dengan lebih daripada 100 ekspo yang dianjurkan dalam tempoh 13 tahun, Tastefully menarik lebih 1.2 juta pengunjung tahunan dan mempunyai 21,000 hubungan dengan pempamer (exhibitor).

Jalinan ini telah membentuk hubungan kukuh dengan jenama besar dalam sektor makanan dan minuman seperti Beacon Mart dan Guardian, serta bekerjasama dengan agensi kerajaan utama seperti Lembaga Koko Malaysia.

Pengambilalihan ini membuka peluang sinergi antara Catcha Digital dan pelanggan Tastefully. Catcha Digital boleh menawarkan penyelesaian pengiklanan secara langsung melalui Tastefully, manakala Tastefully pula boleh memanfaatkan kepakaran digital Catcha Digital untuk memperkukuhkan tawaran pengiklanannya kepada jenama F&B. Kerjasama ini dijangka mempercepatkan pertumbuhan kedua-dua entiti.

Gabungan strategik Catcha Digital dan Tastefully

catcha digital

Pengerusi Catcha Digital, Patrick Grove berkata, industri F&B di Malaysia merupakan salah satu sektor paling dinamik dari segi penglibatan pengguna dan pembinaan jenama.

Melalui pengambilalihan ini, pihaknya dapat menggabungkan kepakaran Tastefully dalam menganjurkan acara pengguna berskala besar dengan keupayaan pengiklanan digital Catcha Digital.

Catcha Digital sangat tertarik dengan keupayaan Tastefully untuk melaksanakan ekspo pengguna yang memberi impak besar di seluruh Malaysia.

tastefully

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tastefully, Esther Fong pula, “Selama 13 tahun lepas, kami telah membina Tastefully sebagai platform utama untuk jenama F&B berhubung secara langsung dengan pengguna Malaysia. Dengan bergabung dalam keluarga Catcha Digital, kami kini boleh menawarkan penyelesaian pengiklanan yang bersepadu merangkumi titik sentuh fizikal dan digital.”

Pengambilalihan ini selaras dengan visi Catcha Digital untuk membina kumpulan digital terkemuka di ASEAN, memanfaatkan ekonomi digital yang berkembang pesat di rantau ini yang bernilai kira-kira RM1 trilion menurut laporan SEA e-Conomy 2023 oleh Google, Temasek, dan Bain & Company.

catcha digital

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Catcha Digital


Lagi dalam kategori Oh! Bisnes

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas