Connect with us

Oh! Media

Zul Ariffin Tarik Diri Dari ABPBH34, Nak Jadi Insan Lebih Baik

zul ariffin abpbh

Oh! Artis

Zul Ariffin Tarik Diri Dari ABPBH34, Nak Jadi Insan Lebih Baik

Pelakon berbakat, Zul Ariffin hari ini mengumumkan telah menarik diri daripada menyertai sebarang pencalonan untuk semua kategori Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34. Khabar tersebut dimaklumkan menerusi hantaran terbaru di Instagram miliknya.

ADVERTISEMENT

BACA: “Jangan Lah Kecam, Kami Nak Cari Rezeki” – Penerbit Eksekutif ABPBH

Jelas Zul, pengumuman dibuat khas buat peminat yang sentiasa menyokong perjalanan kariernya selama ini. Pelakon filem J Revolusi ini berharap peminat-peminat dapat berehat daripada terus mengundi. Malah, keputusan yang diambil itu sudah dimaklumkan kepada pihak pengurusan Berita Harian.

Katanya, penarikan diri ini bukanlah bermakna dia bersara daripada dunia lakonan atau mahu berhijrah. Sebaliknya dia sedang berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini. Dia juga sudah bersedia ‘memanaskan’ enjin untuk kerjaya di masa akan datang.

Untuk makluman, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) merupakan acara tahunan untuk mengiktiraf kerjaya penggiat seni tanah air. Tahun lepas menyaksikan Haqiem Rusli diumumkan sebagai pemilik trofi Bintang Paling Popular. Manakala pada tahun 2019, Bintang Paling Popular dinobatkan kepada pelakon dan dramatis jelita, Mira Filzah.

Kredit: Instagram Zul Ariffin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas