Connect with us
Zul Ariffin

Oh! Artis

Zul Ariffin Akhirnya Tampil Perjelas Perkara Sebenar Apabila Namanya Dipetik Belasah Kekasih

Sebelum ini kecoh mengenai seorang pelakon lelaki berbadan sado yang tergamak membelasah kekasihnya dan beberapa nama orang artis dipetik netizen termasuklah pelakon, Zul Ariffin. Biar betul?

BACAPelakon Lelaki Berbadan Sado Ini Tergamak Tumbuk Mata Dan Badan Teman Wanita Sebab Ini

IKLAN

Terbaru! Menurut laporan mStar, Zul menafikan dia adalah pelakon yang melakukan perkara itu dan memberitahu dia sama sekali tidak pernah diajar untuk melakukan kekerasan terhadap wanita.

Saya pun tak tahu nama saya panas sebab saya dekat set penggambaran dan saya cuti hari ini, saya tak tahu apa cerita.

Saya rasa saya tak tahu nak cakap apa dah… Sah sah bukan diri sendiri. Saya memang tak ada genetik pukul perempuan atau pun angkat tangan pada perempuan.

Zul juga akui umurnya yang hampir sama dengan pelakon berkenaan buatkan namanya dituduh serta mengatakan yang dia tiada rasa hormat dengan lelaki yang tergamak melakukan perkara sebegitu terhadap mana-mana wanita.

Sekarang banyak lelaki macam itu. Tak berapa nak lelaki sangat, nak buat macam mana?

Saya rasa disebabkan umur itu yang kena petik… Nampak umur-umur macam saya tapi saya ambil peluang beritahu umur saya 38 tahun.

Saya sebagai seorang lelaki, saya memang agak kurang atau pun hormat kepada lelaki yang angkat tangan pada perempuan.

Zul Ariffin

Jap!


Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas