Connect with us

Oh! Media

ZHAFVLOG Diiktiraf Sebagai Pengkritik Dan Pengulas Filem Paling Dipercayai

Zhafvlog knkv ohmedia

Oh! Artis

ZHAFVLOG Diiktiraf Sebagai Pengkritik Dan Pengulas Filem Paling Dipercayai

Mungkin ramai yang tak tahu tentang kewujudan Anugerah KNKV Viral Award 2024 yang dipersembahkan khas oleh KNKV Group dan RTM.

Apapun, Ohmedia tertarik dengan pengumuman pemenang bagi kategori Viral Laureate Film Influencer Award di mana rakan kami, Zhafran atau lebih dikenali sebagai ZHAFVLOG telah terpilih sebagai pemenang anugerah.

Panel juri khas KNKV sebulat suara pilih Zhafran sebagai pemenang…

Zhafvlog

Tahniah! Panel juri khas sebulat suara mengumumkan pemenang bagi trofi KNKV Viral Laureate Film Influencer Award 2024 adalah milik ZHAFVLOG!

Anugerah tertinggi KNKV Viral Award 2024 ini mengiktiraf Pengkritik filem dan Pengulas Filem Paling Dipercayai di Malaysia ini untuk terus mewujudkan penanda aras yang patut dicontohi demi kemajuan serta memantapkan kualiti penerbitan filem-filem tempatan.

Zhafran anggap diri hanya penonton biasa…

Image 36

Mengulas lanjut tentang penganugerahan ini, Zhafran memaklumkan dia tidak menyangka akan menerima anugerah terbabit. Bahkan, pada awalnya dia menyangka ini scammer.

IKLAN

Sejujurnya pada awal tahun hari tu, apabila diberitahu memenangi anugerah ni, Zhaf sebenarnya takut dan ingatkan ini award scam. Tapi terima kasih juga pada abang Khai (Founder Oh! Media) kerana meyakinkan kepada Zhaf bahawa award ini satu pengiktirafan kepada Zhaf.

At the same time, tak sangka juga mereka mengiktiraf Zhaf sebagai ‘pengkritik filem’ di dalam posting KNKV sedangkan Zhaf dari tahun 2018 dahulu sehingga sekarang masih lagi menggelarkan diri Zhaf sebagai pengulas filem dan penonton biasa sahaja.

Tapi Zhaf bersyukur sangat-sangat atas penganugerahan ini dan meletakkan Zhaf sebaris dengan nama-nama ternama seperti Adrian Teh, Aliff Satar dan sahabat saya Sofyank.

Anugerah ini akan disiarkan secara langsung di RTM TV2 pada 20.2.2024 jam 9 malam.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas