Connect with us

Oh! Media

Zhafvlog Akui Sudah Penat, Pengulas Filem Terkenal Sedia Terima Pasangan Hidup

Ohmedia zhafvlog jodoh

Oh! Artis

Zhafvlog Akui Sudah Penat, Pengulas Filem Terkenal Sedia Terima Pasangan Hidup

Kalau korang suka tengok filem mesti cukup kenal dengan nama Zhafvlog yang sentiasa keluarkan ulasan filem terbaru di YouTube Pure Pixels. Ohmedia sendiri boleh dikatakan wajib dengar ulasan dari Zhaf dulu sebelum layan filem tu dekat pawagam.

Screen shot 2022 08 02 at 33843 pm

Apapun sekarang kita bukan nak cerita pasal ulasan filem tapi kita nak ulas tentang jodoh. Kenapa dengan jodoh? Aha, kalau korang nak tahu, Zhafvlog atau nama sebenarnya Zhafran Zulkifly masih bujang dan sedang mencari pasangan hidup.

Target nak kahwin umur 30 tahun

Image 1

Hasrat untuk mencari pasangan hidup itu dikongsikan Zhaf di Twitter dan menyatakan dirinya sudah sedia untuk bergelar suami. Zhaf turut menyenaraikan ciri-ciri isteri yang diinginkan dan yang paling penting dapat hormat ibunya.

IKLAN

Rajin lipat kain dan mengemas! Orang perempuan mesti suka lelaki macam ni kan kan….?

Zhaf yang meminta jasa baik @TwtJodohMY turut meletakkan nota ringkas tentang diri dan keperibadiannya. Zhaf menyatakan usianya kini mencecah 29 tahun dan merupakan anak bongsu tapi jangan risau sebab Zhaf akui dirinya bukanlah lelaki yang boleh disamakan dengan ‘biawak hidup’. Sebagai jaminan, Zhaf sekarang dah ada kereta dan dalam proses memiliki rumah sendiri.

Sentiasa ada di rumah, you can have my attention 100%. Curang? Nak dapat sorang pun payah mat. Jangan risau, aku takda rupa dan mulut tak manis, so takda siapa nak rampas. – Katanya.

Kalau kenal Zhaf depan-depan, tak sangka….

Screen shot 2022 08 02 at 34503 pm

Untung siapa dapat miliki hati seorang Zhaf

Screen shot 2022 08 02 at 34539 pm

YouTube je mulut puaka

Screen shot 2022 08 02 at 34807 pm

Ohmedia doakan agar Zhaf ditemukan seorang wanita yang dapat melengkapi dan membuatkan Zhaf lebih maju jaya di masa hadapan. Amin. Jadi untuk kaum hawa diluar sana yang masih tercari-cari calon suami dan sekufu dengan Zhaf, bolehlah cuba kenali antara satu sama lain ok.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas