Connect with us

Oh! Media

Zarina Anjoulie Dan Bekas Tunang Akhirnya Dah Berbaik, Saling Minta Maaf

Zarina anjoulie putus tunang khazrul ohmedia

Oh! Artis

Zarina Anjoulie Dan Bekas Tunang Akhirnya Dah Berbaik, Saling Minta Maaf

Akhirnya! Bekas tunang Zarina Anjoulie, Datuk Seri Khazrul Elzey telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh keluarga Anju terutama kedua ibu bapanya.

Menerusi satu video di Tiktoknya, Khazrul melakukan perkara itu dan berharap agar persengketaan antara mereka berakhir.

Saya mohon maaf kepada keluarga Anju  khususnya daddy dan mommy. Saya berharap masalah antara kami telah pun selesai pada hari Jumaat yang barakah.

Kepada Anju, saya mohon (maaf) kerana terkhilaf. Saya manusia yang tidak sempurna. Anju, semoga berjaya dan jangan lupa saya hutang awak Starbucks.

Menerusi Tiktok Anju pula, dia memuat naik satu hantaran yang menunjukkannya menerima kata-kata maaf dari bekas tunangnya itu dengan hati terbuka dan turut meminta maaf.

IKLAN
32be6503 454c 4b16 be05 c89c0d76dbab

Wah! Macam ni kan bagus, yang lepas tu biarlah lepas. Hidup tetap kena teruskan. Terbaiklah! 

Kredit: Tiktok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas