Oh! Artis
Zainal Abidin Tak Mahu Layan Isu Anak, Anggap Hanya Yang Berbintikan Zainal Anak Sebenar
Zainal Abidin beri respon tenang isu anak dakwa hubungan renggang, anggap hanya yang berbintikan Zainal sebagai anak sebenar.
Sebelum ini, selebriti media sosial Timur Gabriel mendakwa bapanya iaitu penyanyi lagenda Datuk Zainal Abidin tiada usaha untuk menjernihkan hubungan mereka.
BACA: Anak Dakwa Zainal Abidin Tidak Hubungi Bertahun Lama, Hanya Tanya ‘Adakah Saya Solat?’
Meskipun kecoh diperkatakan, Zainal dilihat hanya berdiam diri tanpa memberi sebarang respon.
Terbaru, mStar melaporkan, penyanyi itu tetap tegas dengan pendirian enggan memanjangkan isu ini serta memberi ruang kepada anaknya untuk berkata apa sahaja yang dia mahu.
Zainal anggap hanya yang berbintikan namanya sebagai anak

Dalam satu kenyataan, Zainal berkata tiada apa yang perlu dijelaskan lagi dan dia tidak berkecil hati dengan luahan Timur.
Tiada apa-apa untuk dijelaskan. Dia boleh kata apa sahaja dia mahu. Namun bagi saya, anak saya hanyalah mereka yang berbintikan Zainal Abidin. Kalau bukan menggunakan nama itu, maka bukanlah anak saya. Itu sahaja jawapan saya.
Tambah Zainal, dia menyerahkan segalanya kepada Allah SWT yang lebih mengetahui segalanya.
Dia ada hak untuk berkata apa dia mahu. Silakan. Tapi saya tidak akan membalas apa-apa. Kenapa? Sebab saya percaya, Allah lebih mengetahui.
“Saya anak seni, bukan TikToker kejar duit”
Zainal turut menyatakan pendiriannya yang enggan menjadikan kisah peribadi sebagai tatapan umum, apatah lagi menjaja cerita hanya demi perhatian media sosial.
Katanya, beliau lebih senang dikenali sebagai anak seni yang berkongsi karya dan hasil seni berbanding kisah peribadi.
Saya bukan TikToker yang kejar duit. Saya penyanyi, anak seni. Saya tidak perlukan orang seperti itu di sekeliling saya. Mereka boleh bercakap sesuka hati sebab apa yang dikata bukan kebenaran. Kalau perkara itu benar, saya pasti sudah musnah. Tapi ini tidak benar.
Difahamkan, Zainal sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama bekas isterinya iaitu Natasha Gabriel dan mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata Timur Gabriel dan seorang lagi anak lelaki.