Connect with us

Oh! Media

Zahnita Hilang Followers Lepas ‘Up’ Muka Tanpa Solekan, Netizen Bandingkan Waktu Muda

zahnita terkini

Oh! Artis

Zahnita Hilang Followers Lepas ‘Up’ Muka Tanpa Solekan, Netizen Bandingkan Waktu Muda

Nama Zahnita Wilson satu ketika dahulu merupakan salah seorang pelakon dan model yang digilai ramai. Dia yang tinggi lampai sering menghiasi muka depan majalah Nona, Pesona Pengantin dan banyak lagi.

ADVERTISEMENT

Terbaru, Zahnita mengejutkan para peminat kelahiran 90an apabila memuat naik wajah tanpa sebarang solekan di media sosial.

zahnita

Dalam video itu, dia dilihat membetul-betulkan rambut yang dilepas sementara anaknya berada di belakang.

Di ruangan kapsyen, Zahnita berkata dia mencuba sebaik mungkin untuk meraikan hari tuanya. Dia juga mahu kelihatan comel, tetapi dia memerlukan ‘total overhaul’. Tukang urutnya berkata, jika Zahnita sebuah kereta dia memang dah ‘total loss’.

zahnita model

Susulan video itu, bekas model ini mengakui dia kehilangan beratus pengikut di Instagram. Tak kurang juga yang bertanya apa sudah jadi dengan Zahnita yang dulu merupakan seorang top model.

zahnita

Luahan wanita berusia 38 tahun ini mengundang pelbagai respon daripada orang ramai. Rata-rata memberi semangat kepadanya supaya yakin dengan diri sendiri.

Malah, itu adalah kecantikan semula jadi yang dimilikinya tanpa perlu menggunakan sebarang filter untuk kelihatan cantik di mata orang.

Kredit: Instagram Zahnita

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas