Connect with us

Oh! Media

Yusof Haslam Pujuk Puteri Sarah, Minta Syamsul Lakukan Perkara Ini Jika Tak Bercerai

Oh! Artis

Yusof Haslam Pujuk Puteri Sarah, Minta Syamsul Lakukan Perkara Ini Jika Tak Bercerai

Panas di media sosial mengenai pelakon, Puteri Sarah yang meminta suaminya, Syamsul Yusof melepaskannya kerana tidak terima cara dimadukan yang tidak mengikut syariat.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, bapa kepada Syamsul Yusof iaitu Yusof Haslam dikatakan telah memujuk Sarah untuk menimbangkam semula keputusan perceraiannya itu.

Biarpun akur dengan keputusan Sarah, pelakon Gerak Khas itu masih menaruh harapan agar perceraian pasangan tersebut tidak akan berlaku.

Walaupun tahu akan keputusan yang ingin dibuat Sarah, pengarah itu masih taruh harapan agar perceraian antara anak dan menantunya itu tidak akan berlaku.

Jika perceraian itu tidak berlaku, saya fikir Syamsul kena banyak buat perubahan dalam hidup kerana hidup ini adalah suatu pengorbanan dan perjuangan.

Sekadar info, ibu kepada dua orang cahaya mata itu memaklumkan dirinya tidak mahu melengahkan masa dan mahu memfailkan perceraian dengan segera.

Malah, Puteri Sarah turut memaklumkan dia kini mahu mencari ketenangan dan memulakan hidup baru.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas