Connect with us
yusof haslam

Oh! Artis

Yusof Haslam Dan Datin Patimah Akhirnya Rasa Gembira Lihat Sikap Syamsul

Penerbit, pelakon, penyanyi dan pengarah sensasi, Syamsul Yusof sebelum ini kongsi video momen dirinya memberikan sokongan kepada anak-anaknya yang masuk acara sukan.

BACA: “Thank You Syamsul..” – Puteri Sarah Luah Rasa Sedih Tak Dapat Hadiri Hari Sukan Syaikhul Dan Sumayyah

IKLAN

Momen itu ternyata menyentuh hati ramai pihak yang akhirnya dapat melihat kisah kontroversi yang menyelubungi mereka selama ini telahpun berakhir.

Perkara ini turut dirasai bapa dan ibu Syamsul, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah yang berasa gembira melihat anak sulungnya itu berbaik dengan bekas isteri, Puteri Sarah demi anak-anak.

Inilah sikap perlu ada bagi setiap pasangan yang dah bercerai. Berbaiklah demi anak-anak supaya mereka gembira dan tidak digores hati mereka selepas perpisahan kedua ibu bapa yang sudah berlaku.

Perhatian dan tanggungjawab menjaga anak-anak juga bukan di bahu bekas isteri semata-mata. Ini tanggungjawab bersama. Walau dah bercerai, kami gembira melihat perkembangan terbaru Syamsul dan Puteri Sarah.

Perasaan gembira ini dikongsikan Yusof Haslam kepada pihak Harian Metro dalam hantaran WhatsApp.

Yusof Haslam dan Datin Patimah sentiasa doakan yang terbaik untuk anaknya…

Untuk Syamsul, kami memang tak pernah lekang mendoakan yang terbaik buatnya. Semoga dia terus berjaya dan tabah menghadapi setiap ujian. Segala yang baik datangnya dari Allah dan kelemahan itu pula daripada kami sendiri.

Mereka sudahpun menerima dugaan sebelum ini sebagai pengajaran dan teruskan kehidupan. Jadi, giliran kita pula untuk tidak lagi mempersoal kehidupan mereka.

Kredit: Harian Metro

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas