Connect with us

Oh! Media

Yassin Senario Tak Pernah Hidup Mewah

Artikel 5 15 10

Oh! Artis

Yassin Senario Tak Pernah Hidup Mewah

Yassin Yahya atau lebih dikenali sebagai Yassin Senario merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pelawak di Malaysia.

BACA: Tak Malu Berniaga, Gerai Buah Azlee Senario Laku Sejak Viral

Pernah menjadi popular bersama kumpulan Senario, Yassin Yahya mengakui berasa bangga setiap kali terkenang memori lama itu.

IKLAN

Kenangan manis

Yassin Senario

Menerusi laman Mstar, Yassin menyatakan bahawa perjalanannya bersama kumpulan Senario merupakan satu kenangan yang paling manis dalam hidupnya, lebih-lebih lagi dia merupakan ahli terakhir yang diterima masuk dalam kumpulan itu.

Waktu muda kita belajar dan sampai sekarang pun saya masih belajar. Tak ada istilah rugi, bagi saya untung saja. Bukan senang nak jadi anggota Senario waktu itu.

Pernah juga terfikir, kenapa aku ya? Sedangkan ramai lagi pelawak lain tapi mungkin formula yang saya gunakan atau buat dan ikut saja apa mereka suruh maka lawak itu menjadi.

Saya tak pernah tanya soal gaji dan anggap apa saja rezeki yang datang waktu itu adalah dari Allah SWT. Bukan setakat buat lawak-lawak saja, tapi saya anggap semua itu satu kerja.

Anggota Senario terdiri daripada lima orang ahli, iaitu Azlee, Lan Pet Pet, Wahid, Saiful Apek dan Yassin. Pelawak berumur 43 tahun ini memberitahu bahawa dia dan ahli lain tidak pernah menjalani kehidupan mewah sejak dari dulu lagi.

Dari dulu, saya dan anggota Senario yang lain menjalani kehidupan yang biasa, macam orang lain juga. Tak bermewah-mewah.

Dulu pun kami bekerja, bukan memiliki semua keuntungan kumpuan Senario kerana ketika itu kami mengikat kontrak dengan syarikat pengurusan Ambang Klasik.

Sekarang sejak membuat kemunculan semula pada tahun 2017, Senario kini sudah berdiri di atas kaki sendiri.

Yassin juga menjelaskan, semua projek yang berkaitan diuruskan oleh mereka sendiri termasuk memberi konsep idea dan sebagainya.

Kredit: Mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas