Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

“Yang Saya Kena Adalah Jenis Satu Hanya Di Kawasan Bibir” – Syafiq Farhain

Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Sayang Maafkan Aku’, Syafiq Farhain mendedahkan dia telah diserang virus herpes simpleks.

BACA: Makanan Juga Boleh Menjadi Punca Kepada Penyakit Asma

IKLAN

Menerusi perkongsian di Instagram Story, penyanyi ini menyertakan sekeping gambar menunjukkan virus menyerang kawasan mulut.

Diserang kudis herpes atau jangkitan oral Herpes Simplex jenis 1 (HSV-1) sejak kanak-kanak, Syafiq menjelaskan ia bukanlah penyakit keturunan sebaliknya serangan virus yang ada dalam badan akibat antibodi yang lemah.

Untuk masalah saya ini, beberapa hari lalu saya demam dan tetap bersukan walaupun badan kurang sihat. Jadi, disebabkan antibodi badan lemah saya mula diserang penyakit ini di kawasan bibir yang membengkak, Ahad lalu.

Syafiq berkata lagi, virus herpes terbahagi kepada dua jenis iaitu HSV-1 dan HSV-2. Jangkitan yang dialaminya adalah HSV-1 tidak membabitkan penyakit kelamin.

Yang saya kena adalah jenis satu hanya di kawasan bibir. Manakala, HSV-2 itu yang agak bahaya kerana menyerang alat kelamin.

Untuk mengelakkan jangkitan, penyanyi ini dinasihatkan untuk berehat dan tidak keluar rumah. Dia juga tidak dibenarkan berkongsi barang peribadi seperti tuala.

Penyanyi ini turut mengakui harus menanggung penyakit itu seumur hidup. Apabila ianya menyerang, bahagian bibir akan membengkak dan gatal-gatal.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas