Connect with us

Oh! Media

“Yang Rapat Sahaja Lebih Tahu Siapa Awak” – Dini Schatzmann ‘Back Up’ Janna Nick

dini pertahan janna nick

Oh! Artis

“Yang Rapat Sahaja Lebih Tahu Siapa Awak” – Dini Schatzmann ‘Back Up’ Janna Nick

Nampaknya belum habis lagi isu yang mengaitkan pelakon Janna Nick dan peminat irama K-Pop berlegar di media sosial. Sehingga ke hari masih ada lagi yang bercakap mengenai isu tersebut, hebat sungguh penangan peminat K-Pop ini!

ADVERTISEMENT
View this post on Instagram

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Meskipun dikecam teruk, Janna Nick dilihat telah mengaktifkan semua media sosialnya difahamkan kerana tuntutan kerja dan promosi drama setelah menyahaktif akaun Instagram dan Twitter  miliknya buat sementara waktu.

Berikutan itu, ramai rakan artis tampil memberi kata semangat menerusi sebuah foto yang dimuat naik Janna, semalam.

Tidak ketinggalan, kekasih hati Janna iaitu Dini Schatzmann dilihat turut menulis panjang lebar berupa kata-kata semangat dan mempertahankan buah hatinya itu.

Komen Dini

Menurut Dini, Janna sebenarnya memiliki hati yang baik dan sentiasa berfikiran positif apabila berdepan ujian sebagai seorang artis.

Penghujungnya hanya awak sendiri tahu niat dan isi hati awak. Orang yang rapat dengan awak lebih tahu siapa awak. Hanya Allah benar-benar mengetahui apa sebenarnya berada dalam hati awak, jadi jangan pernah berubah. Saya tahu awak punya kebaikan hati yang jarang ditemui. Awak positif dalam semua perkara, mengorbankan diri untuk menolong orang lain di sekeliling dan niat awak baik.

Janna juga menulis dalam kapsyen foto tersebut yang sedikit sebanyak membayangkan apa yang terbuku dalam isi hati nuraninya setelah dihentam hebat beberapa hari yang lalu.

View this post on Instagram

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Terdahulu, Janna telah menjadi sasaran netizen yang terdiri daripada peminat kumpulan nyanyian K-Pop, Black Pink sehingga wujud tanda pagar #JannaNickGoingToJailParty. Ini berikutan pengacara Melodi ini telah mempersendakan nama bintang K-Pop, Lisa daripada kumpulan tersebut apabila salah satu watak dalam drama arahannya, Delen dikatakan telah menggunakan nama Lisa BlackPig.

Selain itu, Janna turut dikecam apabila video lama yang mengaitkan dirinya dengan kematian anggota kumpulan Shinee, Jong Hyun yang meninggal dunia pada 2017 yang lalu kembali diperkatakan setelah dikongsikan kembali oleh peminat-peminat K-Pop ini.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas