Connect with us

Oh! Media

“Yang Mengata, Masyar Itu Benar” – Ungku Ismail Beri Respon Nad Zainal Kena Cop Sombong Buat Netizen Terdiam!

Oh! Artis

“Yang Mengata, Masyar Itu Benar” – Ungku Ismail Beri Respon Nad Zainal Kena Cop Sombong Buat Netizen Terdiam!

Suami kepada Nad Zainal, pelakon Ungku Ismail tampil memberi respon gara-gara isteri kesayangannya itu dilabel sombong ketika disapa peminat di Festival Ramadan Putrajaya 2023 baru-baru ini.

ADVERTISEMENT

Kata Ungku, dia berasa bersyukur kerana dapat mengumpul banyak pahala gara-gara dikecam netizen berikutan insiden itu.

Respon Ungku Ismail

Alhamdulillah, banyak pahala kami dapat daripada cemuhan, kutukan, hinaan, ungkitan, amalan sejak semalam. Ramai dengan lajunya menggadai amalan pahala mereka beramai-ramai. Subhanallah.

Luahan perasaan itu turut dikongsikan Ungku menerusi satu hantaran Instagram Story miliknya, semalam.

Tambahnya lagi, dia dan Nad menganggap perkara itu sebagai satu ujian dan berkata segala kebenaran akan terbukti di akhirat kelak tanpa perlu mempertahankan diri mereka.

Yang muat naik, yang beritakan, yang sebar, yang mengata. Masyar itu benar. Kita sabar, nantikan. Sabar baby, ujian Ramadan Nad Zainal.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan Nad bersama-sama Ungku sedang berjalan di beberapa buah kedai menjual pakaian dan ditegur oleh peminat.

Namun begitu, reaksi Nad dan suaminya dianggap sombong kerana didakwa melemparkan senyuman kelat kepada peminat yang menegur mereka berdua.

Kredit: Instagram Ungku Ismail

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas