Connect with us

Oh! Media

“Will You Marry Me” – Melamar Ala-Ala Hollywood, Netizen Cemburu Dengan Shila Amzah

ubai lamar shila

Oh! Artis

“Will You Marry Me” – Melamar Ala-Ala Hollywood, Netizen Cemburu Dengan Shila Amzah

Pasangan kekasih, Shila Amzah dan Ubai minggu lalu telah selamat bergelar tunangan dalam majlis serba meriah dihadiri keluarga dan rakan-rakan terdekat.

ADVERTISEMENT

Mereka dikatakan bakal berkahwin dalam tahun ini mengikut keadaan kesihatan ibu Ubai yang menghidap kanser ovari.

BACA: “Dengki Sangat Kacau Family Aku, Apa Kau Nak?” – Tunang Shila Amzah

Terbaru, influencer media sosial tersebut berkongsi video romantis dia melamar Shila sebagai isteri. Dalam rakaman TikTok itu, mereka dilihat berpakaian sedondon serba putih untuk makan malam berhampiran sebuah tasik.

ubai

Korang tengok jelah sendiri video ni, memang bersemut habis! Tak sangka sweet juga Ubai ni kan?

@ubaimz7 The day she said YES❤️ #ubaimz #sheilaamzah #shilaamzah #fyp #fypシ #fypage #foryou #foryoupage #fypage ♬ bunyi asal – hilang

Dapat dilihat reaksi terkejut dan tersipu malu Shila apabila mendapat surprise lamaran dengan ayat “Will you marry me, Sha?” yang digantung di sebuah jambatan.

Di ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan para peminat. Ada yang memuji usaha ditunjukkan Ubai, tak kurang juga yang tumpang gembira dengan kebahagiaan Shila sekarang. Pelangi selepas hujan gitu!

shila amzah
ubai lamar shila

Alhamdulilah, semoga sentiasa bahagia ke akhir hayat!

Kredit: TikTok @ubaimz7

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas