Connect with us

Oh! Media

Wanita Hina Muka Anak Tegar Seperti Khinzir

Oh! Artis

Wanita Hina Muka Anak Tegar Seperti Khinzir

Ingat lagi tak penyanyi Indonesia yang dulu popular dengan lagu ‘Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang’? Kalau korang nak tahu, Tegar dah jadi seorang ayah sekarang tau. Bukan lagi adik-adik kecil macam waktu dia baru mula nyanyi dulu.

ADVERTISEMENT

Tapi, yang buat tak sedap bila ada yang hina anak sulungnya, Abidzar dan kata wajah baby tersebut macam babi atau khinzir. Astaghfirullah, tergamak betul sampai cakap baby yang baru lahir dan tak salah apa-apa sampai macam tu sekali. Lagi teruk, yang menghina itu rupanya seorang ibu yang sudah ada anak sendiri.

Kata isterinya, Sarah Sheilka, dia pelik macam mana seorang wanita yang dah ada anak sendiri boleh buat macam tu. Patutnya bila dah jadi seorang ibu, kau dah tahu apa perasaan kalau anak kena hina dengan orang lain, kan? Bukan setakat tulis, bahkan dia turut hantar audio message dan hina Abidzar.

“Jadi sebelum ini ada seorang netizen menghantar DM kepada saya. Dia menghina anak kami mirip seekor babi. Bukan hanya menulis, tapi dia kirim audio yang berbunyi penghinaan kepada Abidzar.” – katanya.

Kongsi mereka lagi, kalau ikutkan mereka bukan jenis yang layan DM yang diterima di Instagram. Tapi, tak tahu kenapa hati Sarah tergerak untuk buka DM yang mengandungi penghinaan ini. Hm, mungkin ini yang orang kata naluri seorang ibu kot.

Walaupun marah, tapi mereka kata mereka dah maafkan wanita tersebut. Tambah-tambah, wanita itu DM mereka sendiri dan minta maaf. Kata Sarah, dia maafkan kerana dia tahu semua orang ada buat kesilapan dan tak sempurna. Sarah juga sempat tinggalkan pesan pada wanita itu supaya tak buat hal terkutuk tersebut pada orang lain. Mereka juga pilih untuk tidak panjangkan hal tersebut pada pihak polis atau media.

Nasib baik Tegar dengan Sarah pilih pendekatan macam tu. Ada sesetengah ibu bapa dah heret benda ni ke muka pengadilan atas faktor penghinaan. Nak kutuk pun, biarlah berpada-pada. Ini baby yang tak bersalah pun kau nak kutuk, apa kamu enggak punya perasaan ya?

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas