Connect with us

Oh! Media

“Jom Support Artis Legend!” – Wan Maimunah Kini Berniaga Ayam Golek Di Terengganu

Ohmedia wan Maimunah

Oh! Artis

“Jom Support Artis Legend!” – Wan Maimunah Kini Berniaga Ayam Golek Di Terengganu

Pelakon legenda tanah air, Wan Maimunah kembali mencuri perhatian netizen selepas tular satu video menunjukkan beliau berniaga di tepi jalan di Terengganu.

Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok mendapat perhatian ramai dengan rata-rata netizen terharu dan menyeru orang ramai untuk menyokong perniagaan beliau.

Netizen terharu, ramai nak bantu!

@ceplos_007

Macam ibu kita sendiri dah..mana orang terengganu, meh supoort..semoga murah rezeki selalu ibu..🥰🥰🥰

♬ suara asli – Oreng Bungkalatan – Oreng Bungkalatan

Dalam video tersebut, kelihatan sebuah gerai kecil dengan kain rentang yang tertera wajah Wan Maimunah mengajak orang ramai untuk datang dan menyokong usaha beliau.

IKLAN

Pengguna TikTok yang berkongsi video ini turut menulis:

Macam ibu kita sendiri dah.. mana orang Terengganu, meh support.. semoga murah rezeki selalu ibu.

Sehingga kini, perkongsian telah meraih lebih 1 juta tontonan dan ribuan komen daripada orang ramai. Netizen memuji semangat selebriti veteran ini dalam mencari rezeki.

Gigih cari rezeki halal

Wan Maimunah

Ada juga netizen yang bertanya sama ada beliau berasal dari Terengganu, sebelum seorang pengguna menjelaskan bahawa beliau sebenarnya berasal dari Johor tetapi menetap di Selangor.

Rata-rata netizen yakin gerai ini akan mendapat sambutan hangat selepas video ini menjadi viral. Ramai juga yang meluahkan rasa kagum dengan kecekalan Wan Maimunah yang tetap gigih berusaha meskipun sudah bergelar selebriti legenda.

#ApaKataOhmedia

Wah, sampai ke Terengganu ibu berniaga ya. Semoga perniagaannya laris dan laku keras. Orang-orang di sekitar Wakaf Beruas bolehlah datang support, kedai dibuka dari jam 3.30 petang hingga 6.30 petang.

Ohmedia wan Maimunah

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: TikTok @ceplos007


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas