Connect with us

Oh! Media

“Waktu Berseronok Dah Habis!” – Sharifah Shahirah Sertai Stesen Radio Baru

Sharifah Shahirah

Oh! Artis

“Waktu Berseronok Dah Habis!” – Sharifah Shahirah Sertai Stesen Radio Baru

Pelakon dan penyampai radio popular, Sharifah Shahirah atau lebih dikenali sebagai Kak Rara, kini mengorak langkah baharu dalam kariernya apabila rasmi menyertai stesen radio Sinar bermula Isnin lalu.

Shiera, 51, yang sebelum ini menggantikan penyampai 3 Pagi Era, kini diberi kepercayaan untuk mengendalikan slot petang di Sinar FM bersama dua rakan penyampai, Hefny dan Falyq.

IKLAN

“Waktu berseronok dah habis” – Sharifah Shahirah.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, Shiera dilihat teruja dengan tugasan baharunya itu dan berkongsi rasa syukur serta harapan agar segalanya dipermudahkan.

Waktu berseronok sudah habis. Masa untuk kerja di tempat baharu, di Sinar FM pukul 3 hingga 7 petang.

Semoga dilindungi dan dipermudahkan urusan. Selamat hari raya kawan-kawan.– Sharifah Shahirah.

Perkongsian itu turut mendapat sokongan dan ucapan tahniah daripada para peminat yang tak sabar melihat gandingan baharu tersebut.

Ada pengalaman bertugas di Suria FM selama 7 tahun…

Untuk info, Shiera sebelum ini pernah mencipta nama di Suria FM selama tujuh tahun sebelum mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak pada Februari lalu.

Langkah Shiera menyertai Sinar FM hadir selepas dia menggalas tanggungjawab besar di Era, menggantikan trio penyampai Nabil Ahmad, Radin dan Azad Jazmin yang direhatkan susulan kontroversi sebuah video tarian yang dianggap mempersendakan agama lain.

#ApaKataOhmedia

Langkah Shiera menyertai Sinar FM ini ibarat satu bab baharu dalam buku kerjaya beliau. Dari Era ke Sinar, Shiera tetap membuktikan kehadirannya masih relevan dan dinanti-nantikan pendengar.

Ohmedia percaya, dengan pengalaman dan aura yang dibawa Shiera, slot petang di Sinar pasti akan lebih meriah dan penuh warna! Selamat maju jaya buat Shiera di tempat baharu!

Sharifah Shahirah

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Sinar_my


Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas