Connect with us

Oh! Media

Wak Doyok Dikatakan Bercinta Dengan Datuk A. Aida, Ini Apa Kata Tuan Badan

Wak doyok datuk aaida ohmedia

Oh! Artis

Wak Doyok Dikatakan Bercinta Dengan Datuk A. Aida, Ini Apa Kata Tuan Badan

Wak Doyok bercinta dengan Datuk A. Aida ke? Itulah antara persoalan yang timbul selepas melihat hubungan mereka sebelum ini begitu rapat.

Menjawab persoalan ini, Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Mohd Nor tampil menafikannya dan menjelaskan, dia hanya menganggap A. Aida sebagai kawan baik, tidak lebih dari itu.

Macam adik-beradik…

Kami sudah kenal lama lebih sepuluh tahun iaitu sejak 2012. Saya juga dah anggap dia seperti kakak dan hubungan kami dah macam adik-beradik.

Dalam pada itu, Wak Doyok turut menyatakan jika mahu mencari pasangan, dia tidak mahu yang tua dan tidak mahu juga yang terlalu muda.

IKLAN

Kalau wanita tu lebih berusia dari saya, nanti kalau dia jatuh sakit saya pula kena jaga dia. Kalau muda sangat pun nanti susah juga sebab belum matang. – Jelas Wak.

Wak sudah ada teman wanita lain…

Apapun, Wak Doyok mendedahkan dia sudahpun mempunyai teman wanita dan masih dalam proses mengenal hati budi.

Teman wanita saya tu orang biasa saja, kami baru kenal beberapa bulan.

Namun, Wak Doyok berkata dia masih perlu mendapat restu ibunya terlebih dahulu mengenai hubungan mereka. Kita doakan sahaja yang baik-baik dan semoga dipermudahkan segala urusan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas