Connect with us

Oh! Media

Wahid Senario Akhirnya Tampil Bersuara Mengenai Keberadaan Yasin

Copy of Untitled Design   1

Oh! Artis

Wahid Senario Akhirnya Tampil Bersuara Mengenai Keberadaan Yasin

Ahli kumpulan Senario, Yasin menjadi tanda tanya ramai apabila dia sudah lama tidak muncul bersama kumpulan itu. 

Menurut laporan mStar, salah seorang anggota kumpulan iaitu Wahid berkata yang mereka tidak mengetahui keberadaan Yasin kerana jarang berhubung melainkan ada urusan kerja.

Saya sendiri tak tahu apa-apa sebab saya duduk di Ipoh, yang lain di Kuala Lumpur. Kami berhubung pun jika ada perkara membabitkan kerja.

“Mungkin dia nak berehat” – Wahid Senario

9253e0a9 fe6e 4637 9de3 30326473a167

Wahid turut berpendapat bahawa Yasin mungkin sedang berehat dan memilih untuk tidak aktif dalam mana-mana projek hiburan buat masa ini.

IKLAN

Keistimewaan Senario adalah kalau tiada sebarang urusan, kami memang dengan dunia sendiri dan tak masuk campur hal sesiapa. Mungkin dia dah banyak duit dan mahu hidup tenang.

Yasin Senario dikaitkan dengan hukuman penjara

A69bc505 5f34 4301 9ac7 3ba60a10d452

Sebelum ini, media melaporkan seorang pelawak terkenal dipercayai menjalani hukuman penjara enam bulan di Jeddah, Arab Saudi, kerana memiliki ganja. 

Walau bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan rasmi yang mengaitkan Yasin dengan laporan tersebut.

#OhmediaNasihat

Sebagai rakan atau ahli keluarga, penting untuk sentiasa bertanya khabar walaupun seseorang memilih untuk menyendiri. Kita tidak tahu cabaran yang mereka hadapi, jadi sokongan moral dari jauh juga mampu membuat perbezaan.

Copy of Untitled Design   1

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: mStar


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas