Connect with us

Vivy Yusof Tegaskan Dia Akan Tetap Saman Netizen Isu Penting Diri

Oh! Artis

Vivy Yusof Tegaskan Dia Akan Tetap Saman Netizen Isu Penting Diri

Nampaknya Datin Vivy yusof yang merupakan pengasas kepada FashionValet tidak akan duduk diam dengan memfailkan saman fitnah ke atas seorang netizen yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan mengenai isu kerajaan membantu golongan B40 dan M40 yang terjejas akibat Covid-19.

Kalau korang masih ingat, kes ini berlaku pada 28 Mac lalu ketika satu rakaman yang dinaikkannya di akaun Instagram berhubung perbualan antara empat usahawan berkenaan status ekonomi akibat COVID-19 dan Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Seorang netizen telah mengeluarkan kenyataan yang dilihat berniat untuk mencemuhnya dengna menyatakan Vivy mempersoalkan tindakan kerajaan membantu golongan B40 dan M40, sedangkan mereka tidak menyumbang kepada ekonomi.

Isu ini menjadi viral di media sosial dan telah memburukkan namanya. Oleh itu, netizen terbabit yang dikenali sebagai Alia Najwa Hassannudin telah difailkan saman fitnah selaku defenden tunggal menerusi Tetuan Foong Cheng Leong & Co pada 15 Jun lalu.

Untuk pengetahuan korang, satu petisyen untuk mendesak Vivy dilucutkan daripada Ahli Lembaga Pengarah UiTM juga telah diwujudkan pada 1 Mei 2020 dan ia telah ditandatangani lebih 230,000 pengguna internet sejak dilancarkan.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.



Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending

To Top