Connect with us

Oh! Media

(Video) Tampil Berhijab, Anzalna Nasir Beri Kejutan Buat Suami

anzalna nasir

Oh! Artis

(Video) Tampil Berhijab, Anzalna Nasir Beri Kejutan Buat Suami

Pelakon popular, Anzalna Nasir mencuri tumpuan pengguna Instagram apabila memuat naik video memberi kejutan sempena ulang tahun kelahiran suami, Muhamad Hanif Mohamad Zaki.

ADVERTISEMENT

BACA: Bantu Peniaga OKU Cari Rezeki, Anzalna Beri Inspirasi Pada Artis Lain

Video pendek tersebut memaparkan Anzalna berdiri di hadapan suami yang ditutup bahagian mata menggunakan sehelai kain. Pelakon tersebut dilihat mengenakan tudung berwarna putih, blazer dan skirt panjang.

Semoga terus istiqomah. Happy birthday my love @hanif_zaki.

Apa yang menarik perhatian adalah reaksi terkejut suami sebaik membuka mata dan melihat isterinya bertudung. Malah, hantaran tersebut turut disertakan kapsyen seakan memberi petanda dia sudah berhijab.

Di ruangan komen, rakan artis dan para peminat meninggalkan respon positif mendoakan semoga pelakon ini istiqamah dalam penghijrahan yang dibuat. Mereka memuji hadiah ‘terbaik’ yang diberikannya buat suami yang tersayang.

Kredit: Instagram Anzalna Nasir

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas