Oh! Artis
(Video) Netizen Sebak Lihat Gelagat Hamzah Cium Gambar Abam, Berulang Kali Sebut ‘Ayah’
Pada
Oleh
Tahun ini genaplah dua tahun pemergian pelawak terkenal, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam yang meninggal dunia akibat demam panas.
BACA: “Tak Sesak Ke Pakai Macam Tu?” – Tular Video Baby Shima Menari Di ‘Jalan New Zealand’
Sudah tentu, insan yang paling terkesan dengan pemergian ahli kumpulan Bocey itu ialah isteri dan anaknya. Terbaru, tular satu video di TikTok yang dimuatnaik isteri kepada Allahyarham Abam, Siti Nurhidayah Mohd Ali yang meruntunkan hati netizen.
@hidayah_hamzah Kenangan Hamzah syg Ayah ❤️ Masa hamzah demam rindu Kat Ayah terus dia ambil gambar Ayah.. Hamzah sayang Ayah sentiasa doakan Ayah ❤️ Al-fatihah suami ku sayangg Syed Umar Mokhtar 🤲#foryou #fyp #kenanganhamzah#anakibuayah#al_fatihahsuamiku ♬ Ayah – Laoneis
Menerusi video tersebut, Hamzah dilihat memegang erat gambar Allahyarham Abam Bocey dan berulang kali mengucup gambar berkenaan. Tindakan Hamzah itu menambah sebak dalam kalangan netizen selepas dia tidak henti-henti menyebut perkataan ‘ayah’.
Perkongsian Hidayah itu mendapat pelbagai respon dari netizen. Rata-rata mereka sebak melihat video berkenaan dan ada juga yang mendoakan agar Hidayah terus tabah dalam menghadapi kehidupan seharian.




Sama kita doakan agar Hidayah terus tabah dalam menjalani kehidupan sehariannya bersama Hamzah dan semoga roh Allahyarham Abam Bocey dicucuri rahmat Nya, Aamiin.
Kredit: TikTok Hidayahhamzah
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Zahnita Wilson sah bergelar isteri Farouk Osman selepas sekali lafaz di Cyberjaya. Pasangan diraikan dalam majlis...
Anees Ayunie jelaskan maksud ‘perit bantu orang miskin’ selepas luahannya mengenai bantuan kewangan menjadi perhatian.
Siti Nordiana terkejut wajahnya disalah guna dalam foto AI tidak senonoh yang tersebar menerusi TikTok.
Nama Sarah Yasmine kembali menjadi bualan selepas tangkap layar dan hantaran “Sarah Who?” mencetuskan tanda tanya...
Aisar Khaled mencuri perhatian selepas meminta orang ramai mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.