Connect with us

Oh! Media

Majlis Berinai Watie Ada Penari Gelek, Ini Respon Netizen

Berinai Watie

Oh! Artis

Majlis Berinai Watie Ada Penari Gelek, Ini Respon Netizen

Umum sedia maklum, pasangan merpati dua sejoli Shuib dan Watie tak lama lagi akan disatukan sebagai pasangan suami isteri. Sudah tentunya, ada beberapa majlis yang diadakan sebelum menanti hari bahagia mereka dinikahkan. Terbaru, tular di media sosial rakaman video memaparkan sekitar majlis berinai pasangan tersebut.

BACA: (Video) “Shuib Tak Lemas Ke?” – Busana Ketat Watie Undang Perhatian Ramai

Fuh memang meriah habis, siap ada penari bertemakan Arabian Night. Watie pula ceria memakai pakaian berwarna shocking pink!

IKLAN

Watie berinai ditemani penari gelek

@akakpelamin Meriah nyaaa😍😍 Merpati dua sejoli … #WeddingDay #WatiForShuib ♬ شكد حلو – اصيل هميم

Memetik laporan Gempak, majlis berinai sebegitu merupakan impian Watie sebelum bergelar isteri. Ianya diadakan 10 hari sebelum majlis nikah mengikut kelapangan tunangnya, Shuib.

Saya suka dengan tema negara Arab ni kerana ia lebih meriah lebih-lebih lagi dapat diraikan bersama keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Dalam video rakaman, kelihatan Watie duduk di atas pelamin gah sambil jari jemarinya diinaikan dan penari mempersembahkan tarian.

Watie

Di pertengahan acara, Shuib bersama anak-anak serta ibunya turut hadir memeriahkan majlis. Difahamkan, Majlis Khatam al-Quran juga telah diadakan petang semalam.

Di ruangan komen, pelbagai reaksi yang ditinggalkan netizen. Ada yang menegur majlis berinai mereka terlalu ‘over’ kerana turut diselitkan dengan tarian gelek. Tak kurang juga yang sedih mengenangkan Allahyarham Siti Sarah.

Kredit: TikTok @akakpelamin | Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas