
Oh! Artis
(Video) Anak Perempuan Shuib Menangis Tengok Bapa Di Pelamin, “Semua Orang Sayang Talita”
Oleh
Tular di media sosial rakaman video memaparkan anak perempuan Shuib, Dzahira Talita Zahra menangis ketika acara akad nikah malam tadi.
BACA: Sah Dengan Sekali Lafaz, Watie Mengalir Air Mata Tak Tahan Sebak
Dalam video itu, kelihatan neneknya iaitu Siti Fatimah Suberi atau lebih mesra disapa Makder memeluk erat Talita yang menangis di bahunya.
@suciuwais Semua orang sayang you Talita ❤️ #ShuibWatie #NikahShuibWatie #fyp ♬ original sound – MaKder
Dalam video lain, Shuib dan isterinya Watie dilihat mesra berpelukan di antara satu sama lain selepas majlis selesai. Mereka juga dilihat sedondon memakai persalinan serba putih di majlis tersebut.
Kata Makder, selepas ini cucu-cucunya perlu memanggil Watie dengan panggilan Mommy.
@suciuwais Kesayangan daddy semua ni. Dah kene panggil mummy tau lepas ni ❤️ #fyp #talita #matin #shuibwatie #wedding ♬ Insya Allah Di Jalan-Mu – Adel
Di ruangan komen, netizen meluahkan rasa sedih melihat Talita menangis. Menurut mereka, sebagai anak perempuan tunggal dia semestinya rindu dengan arwah ibunya Siti Sarah.



Apa-apa pun semoga Shuib, isteri dan anak-anak bahagia selama-lamanya. Semoga Watie dapat menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak Shuib. Amin.
BACA: “Padan Muka Ibu Dia Dah Meninggal” – Anak Shuib Balik Menangis Kena Ejek Di Sekolah
Kredit: TikTok @suciuwais
