Connect with us

Oh! Media

Ustaz Madi Makin ‘Berselera’ Nak Berlakon Dengan Radius One

Oh! Artis

Ustaz Madi Makin ‘Berselera’ Nak Berlakon Dengan Radius One

Viral di Instagram pagi tadi, bila penerbit dan pengarah terkenal, Shahrulezad Mohameddin membuat posting tentang tawaran untuk berlakon pada krew penerbangan yang terpaksa diberhentikan kerja.

ADVERTISEMENT

Shahrulezad menyatakan yang dia kasihan pada nasib mereka yang terpaksa mencari kerja lain, terutamanya krew Air Asia dan Malindo Airways.

“Kami mempelawa kru penerbangan termasuk sesiapa saja tak kira tua atau muda untuk tunjukkan bakat melalui sesi saringan uji bakat dalam talian, iaitu dengan menghantar video lakonan sendiri. Video ini dikira sebagai resume mereka. Asalkan stesen televisyen tertarik, baru kami panggil untuk sesi uji bakat secara bersemuka.” – katanya.

Post tersebut mendapat reaksi dari pelbagai pihak, termasuk Azhan Rani yang popular dengan watak Ustaz Madi dalam drama Nur. Menurut Azhan, siapa yang tak kecewa kalau dapat berita yang macam ni.

Dia turut memuji usaha kecil pihak Radius One untuk bantu mereka yang kurang bernasib baik, dan sempat bergurau yang dia akan jadi makin semangat dan berselera untuk berlakon lepas ni. Bukan main ya Ustaz Madi!

“Apasal tiba-tiba rasa semangat nak berlakon dengan @radiusone_offical lepas ni.. berselera eh.” – katanya dalam posting.

Tapi Shahrulezad kata, sebenarnya peluang ni terbuka pada semua orang. Jadi, siapa yang masih cari kerja tu, boleh lah try. Mana tahu rezeki korang dapat jadi pelakon?

Kredit: malaysiakini, Instagram Shahrulezad, Azhan Rani

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas